There was an error in this gadget

Friday, January 28, 2011

Mari Kita Berkampung!

sebagai pelajar tahun dua *cewah2 bangga jap* saya, nurul, sarah, nisah, sha, syahri, hanip, azri, syahmi terpaksa bermalam di dalam hatcheri air tawar. apa yang kitorang buat dalam neh? ahaa...biasa lah dah nama pun akak senior, kena la start buat lab susah2 sikit kan? tapi takde la susah sangat. yang penatnya kena tunggu ja. o.O

bermula petang khamis sampai la ari sabtu *mintak2 abis sebelum petang* kami warga group 3, terpaksa berkampung di hatcheri air tawar untuk menjalankan lab teknik penghasilan benih. wau..bunyi macam best kan??? memang best pun! :)

petang khamis kami memulakan tugas dengan pengenalan kepada ikan keli afrika Clarias gariepinus. cuba bermesra-mesraan dengan cik keli dan en keli sebelum kahwin kan deorang. hahahaha. paling best kira telur aa~ mau juling biji mata aku kira 1 gram telur = 1000+ biji. 3 replicate wey 3 replicate!!! tapi tkpa aku seorang yang sabar. malam lak ada briefing pasal induce breeding. ~.~"

induce breding la best! ya kata2 itu hanya la rekaan semata-mata sebab aku sangat takut nak pegang ikan keli yang hidup. tambah induk betina takkan kita nak amik yang kecik2 kan? hahh mau sekali dia mengeliat dengan aku2 sekali bersilat! huhuhu. malam tadi just cucuk hormon ja. orang kampung kata nak bagi dia galak sikit. senang nak bagi menikah! hehehe. esok pagi lepas 10-12 jam baru kita bagi depa kawin nohh~

keli neh susah sikit sebab de tak boleh keluarkan sperm sendiri. so mau tak mau dia kena berkorban untuk betina. lepas sesi urut2 perut betina bagi keluar telur, si jantan akan dibedah untuk diambil testisnya. sedih kan? demi zuriat untuk si gadis, si teruna terpaksa mati di tepi longkang. ya tepi longkang ja operate. senang dan cepat! jagan dibuang ikan jantan tu. goreng pon sodap ye~ tapi abang zaki dah chop ikan tu. takpa tak heran pun dengan keli tu. *belagak*

so sekarang 2.35 pagi, kami masih lagi menuggu telur2 ikan keli untuk menetas. tadi aku dah nampak notochord dah. maksud dia tak lama lagi dah la tu. yeay! anak2 mama cepat ye menetas! mama nak pulang ke kampung halaman~ once dah 50% hatch boleh la kami pulang!

so kepada anak2 mama; GANBATTE! CHAIYOK! AJA2 FIGHTING! BERUSAHA! cukup sampai sini. mata aku dengan otak aku dah tak berfungsi dengan baik dah sekarang~ anneyoung!

Monday, January 24, 2011

Maaf Atas Gangguan

blog ini under construction.....

Soalan Peperiksaan Percubaan Kali ke-25 SPM 2011

Perhatian keppada semua calon SPM, sila bergerak ke dalam dewan peperiksaan sekarang. Peralatan yang dibenarkan hanyalah laptop, broadband dan juga charger laptop jikalau perlu. Tidak dibenarkan membawa laptop Mac kerana dicurigai DISKRIMINASI akan berlaku. Sekian terima kasih.

1.THREE NAMES I GO BY
i- izyani (formal name by unknown or known)
ii- meknie (my close friends and relatives)
iii- yani auuww sopan gitu (ntah sapa2 la yang panggil)

2.THREE PLACES I HAVE LIVED
i- langkawi my hometown (ulu beb!)
ii- aloq staq dok p mengaji kat 5 taun dah aih!
iii- ganiu bandaraya metropolitan

3.THREE TV SHOWS THAT I WATCH
i- 2 days 1 night
ii- the project runway
iii- jamie oliver

4.THREE PLACES I WANT TO GO
i- Venice for honeymoon please! (mati la laki aku)
ii- Japan aku nak jumpa gak takuya kimura!
iii- Makkah + Jordan aku nak package neh next time

5.THREE OF MY FAVORITE FOODS
i- my hand made carrot cheese cake (serius lama tak makan)
ii- egg/cheese tart
iii- nasi goreng ikan masin + telor mata

6.THINGS I AM LOOKING FORWARD TO
i-nak bawak kereta mini cooper sendirian berhad
ii- new lappy??? hahaha
iii- dvd-r (nak burn citer wey full dah external aku neh)

7.THREE PETS THAT YOU HAVE OWNED
i- kucing (mak- minnie; anak2-tompok,belang,kakashi,naruto,sasuke)
ii- hamster (bubu;buta ngn mama;malas) suka2 aku ja bagi nama tikus neh hahaha
iii- ikan tapi semua dah mati hahahaha hebat tak aku?

8.THREE FRIENDS WHO WILL REPLY
i- aku
ii- tak
iii- tahu

9.THREE FAVORITE BANDS/SINGERS
i- clazziquai
ii- marcell
iii- kim c

10.THREE FAVORITE SPORTS TO WATCH
i- pertandingan siapa makan paling banyak hahahaha
ii- tuju kasut
iii- aci ligan

11.THREE FAVORITE DRINKS
i- sour soup aka durian belanda
ii- teh o ais limau
iii- kopi o panas bersama roti kering

12.THREE BLOGGER YOU WANT TO TAG

Tahniah para pelajar. Anda sudah selesai menghadapi saat2 gentir dengan baiknya. Sila keluar dari dewan peperiksaan dengan kadar yang segera ok?

Sunday, January 23, 2011

JOM JOIN CONTEST ADIK SAYA COMEL MACAM MIA SARA cik aish

haa...neh lagi satu contest, tapi my feberetnya adalah...jeng3x kiddies! ya contest kali neh kena letak pic budak2 ye sedara/sedari~ memandangkan cik shakila dh tag aku, dan semangat masih berkobar-kobar, aku post kan post terakhir aku malam neh. jet lag lab tadi pn tak hilang lagi wey! hahahaha



meh lagi sekali aku copy paste syarat2 dia;

1. Anda mestilah bloggers dan warganegara MALAYSIA

2. Anda mestilah menjadi follower Belog Cik Aish

3. Sila buat satu entry yg bertajuk " JOM JOIN CONTEST ADIK SAYA COMEL MACAM MIA SARA cik aish"

3. Dalam entri itu, anda perlulah letak gambar adik-adik u all yang comel-comel tu. Contoh macam ni..tpi ni contoh je lah. hehe

4. Selain itu, perlulah letak link http://getmedean.blogspot.com/ dan juga gambar banner kat atas skali tu, (bukan gambar budak tecik ni taw) dalam entry anda.

5. Jangan lupa tag 3 member anda dalam entri tersebut (pastikan kawan anda tau dia di tag hehe )

6. Dah siap, sila tinggalkan link entry anda di ruangan komen entri ini..supaya senang sy tengok gambar2 budak2 tecik yang comey macam mia sara tu..

7. Tarikh tutup CONTEST adalah jam 12 malam 5 Februari 2011 dan pemenang akan diumumkan pada 14 Februari 2011

so meh aku tag mereka2 dahulu (takot lupa) hehehehe

azira/teya/paen

ok now, please enjoy pictures of my favourite little bro! hahahahaha GO AIMAN!!!


kak na awat rambut eman jadi lagu neh???

chomel tak saya? hihihi


abah2x nak 50 sen! nak naik keta tuuu~

hehehehe saya suka kamera! XD

nak mandi jugak pantai even takot ombak

saya sudah gosok gigi...ANDA?

nama saya izzati aiman...oopppsss...izzat aiman ok??

no need a binocular, this should do!

saya suka beriadah di petang hari~

amacam ensem tak buah hati pengarang jantung saya??? *wink2* oh rindu encik kenet yang capang neh! nama dak kecik neh Muhammad Izzat Aiman berumur 6 tahun this year. sudah pandai berposing/modeling tapi sayang picture tu dah kena cantass oleh hospital kerajaan *sila rujuk post2 sebelum ini* menyebabkan hanya inilah kenangan antara dia dan aku. hahahaha tak ley blah punya ayat!

aiman neh adik bongsu aku, so paham2 la tahap kemanjaan dia dengan kakak2 dia macam mana kan? i just spoiled my little brother -.-" abisla dah besaq nanti ketegaq!!! tuan punya belog saya nak adiah! hahaha ayat goda bley???? -.-" aisshhh merepek lagi~

CONTEST PIC hitam putih PALING COOL !!!!

ok2 lately aku dah dapat dua invitation contest pasal gambar. harus lah kan tak kan karang novel pulak? hahaha ok meh aku introduce korang dengan contest neh! tak susah! tak payah! senang + mudah + pantas dapat RM100 beb!!! apa susah, korang upload je picture korang mana2 je la tapi make sure it is in BLACK N WHITE ok? cOoL bebeh~ baru macam oldies sikit ye dop? hahaha


ok neh link belog cik fatimah (yela kot aku tengok kt belog dia). tapi meh aku tulis balik syarat2 contest (aku copy paste ja. malas):

1.okay macam biasa korang kena jadi follower blog ni
2.letakkan banner contest ni kat sidebar sepanjang contest berjalan & link kan ke blog ni
3.buat entry pasal contest ni dan berikan idea hadiah apa yang korang nak kalau korang menang rm100? ?*ayat yang simple je tau!*
contoh : kalau saya menang , saya nak shawl banyak-banyak !
4.tag 5 kawan-kawan yang korang rasa mesti dia nak join !
5.tarikh tutup penyertaan : 1 mac 2011


haaa... senang ja kan? hehehe so jom join contest neh! aigoO lupa pulak. apa aku nak buat dengan duit neh kalo menang??? aku nak beli kasut baru dengan handbag!!! hahahaha ingat tak cukup ka? tak pa kalo tak cukup aku top up la sendiri hahahaha

aku nak tag mangsa2 seterusnya...eh2 apa pulak mangsa, peserta seterusnya~ hehehe NAK MENANG! (moto hari ini) XD

3- Mr Line Hitam Putih (ko mesti banyak pic itam putih kan?)

Thursday, January 20, 2011

1 Jam Setengah Lebih Baik Dari Seminggu

hahahaha tajuk tak ley blah langsung ya! yup, 1 jam setengah tu memang lebih baik than a week. kenapa? ok meh nak story-mory. aku pun tak tau kenapa Mr. Lappy neh suka sangat nak sakit masa awal2 sem. susah la nak buat kerja. so I masukkan dia kat hospital kerajaan. aigOo, nurse tu cakap dalam 2-3 hari sihat la Mr. Lappy awak. aku pun macam biasa mintak nurse tu 'backup' sebab banyak kot assignment aku dalam tu. nurse tu cakap, biasanya kalo nak inject antibiotic memang deorang akan 'backup' sebab takot Mr. Lappy aku hilang ingatan. and deorang akan CALL aku before injection.

3 hari dah berlalu, apa khabar la ye Si Dia? sihat dah ke belom? nurse neh tak kol aku pun?

7 hari, tak boleh jadi dah neh aku kena g hospital jugak hari neh!

aku senyum kat nurse aritu. "Mr. Lappy saya kt ward mana eh?". nurse tu cakap doktor dah cucuk antibiotic, sekarang kat ward biasa tengah rehat2 before boleh keluar. InsyaAllah malam nanti dah boleh discharge. paling lewat pun esok pagi. ok fine.

esok petangnya, "Mr. Lappy saya dah boleh check out dari hospital belom cik nurse?". "maaf ya, baru tadi doktor rawat Mr. Lappy awak. malam neh dah boleh discharge. tapi tak apa, bila dah ok saya akan call puan ye?". ok FINE!

esoknya lagi. krinnggg3x! "hello puan Mr. Lappy puan dah boleh discharge. dia dah sihat :)" malam baru aku pergi tengok Si Dia. bayar duit ubat terus aku pulang. aih maghrib dah nak abis neh! lepas isya' aku godek2 Si Dia. uiks! awat kelam???? SHUT DOWN. bukak balik. haaaa boleh dah pun :) hhmmmm anti virus oh anti virus. update! update! update! *klik2* aiyaa! broadband neh suka wat hal. dah buat backup ke belom~ aikk....kenapa jadi macam neh??? ADA VIRUS DEKAT LOCAL DISC D. LOCAL DISC C PUN ADA????? DIA DAH FORMAT KE BELOM NEH???? @^&@!%!^@!@*&#@#$%^&*()*&^#@$%^#@$%^%$#@#$%^#@$%^#@$

esoknya lagi lepas ber$^%^&^%^&*^%&*( dengan hospital kerajaan, aku terus bawak Mr. Lappy ke hospital swasta. format balik, tukar windows. BAYARAN YANG SAMA! tapi just takes about 90 MINUTES! kira la sendiri wey -.-"

sekarang Si Dia memang dah berwajah baru. ya berwajah baru sebab virus tu menyebabkan semua data ingatan dia hilang. aku dapat Mr. Lappy yang 'baru'. terima kasih hospital kerajaan! huhh! benci BENCI BENCI!!!

Thursday, January 13, 2011

Janji Mesti Ditunaikan!!!!!

ahaa~ mesti korang tertanya2 kn? janji mende la yg mesti dikotakan? hahahaha.....janji semua kena dikotakan ye rakan2 kecuali janji nak jumpa santa claus! eh betul tak aku eja nama pak cik santa~ hehehehe

well meh sini aku nak story mory kat korang2 semua ;p pada 24 oktober 2010 yang suram....hahaha takde la suram mana pun kan? aku dengan kawan aku neh Nurul Farhana Othman ye aku dengan beraninya tulis nama dia so that aku ada ramai lagi saksi. hahahaha. kitorang dah buat perjanjian hitam putih dalam enset cabok aku neh. jap aku tulis balik eh?

"dgn sahnya ari neh 24/10/2010, nurul farhana bt othman telah berjanji akan belanja saya nor izyani bt mohd dzaher nasi ayam n cheese cake secret recipe n choc shake sr n sate kajang 30 cucuk; sekiranya abd ***** aka kdq minta no fon nurul bkn ats sbb2 kerja tp ats diri sendiri. SAH"

yes, itu adalah 99% kandungan perjanjian aku ngn dak neh 1% lagi aku tak leh la reveal nama sebenar mamat tu kan? bak kata mololoq(cmna eja nama dia?) nak jaga rahsia kerajaan, tak mau kasi runtuh laa lebih kurang. mende aku merepek neh???

kenapa aku excited??? sebab pagi tadi mamat tu dh send mesej kt pphone cik nughul neh la~ hahahaha. de nak pulang kan balik pendrive minah neh sebab aritu deorang men tukar2 movie. hahahaha shuiiett kn???? hahahaha sorry la nughul nama ko dh naik lam blog aku~

so now on aku nak prepare duit banyak2 sebab kitorang dh janji nak makan sate kajang kat kajang selangor! wahahaha...sangat la mengong! by the way cik nurul epi habiskan duit untuk aku ye~~ hahahahahaahahaha *gelak gila jahat*

Saturday, January 1, 2011

new year NEW year NEW YEAR!!!

why? it is too late to wish happy new year? suka ati aku la! hahahaha. lately macam tak ada mood nak tulis blog. satu keajaiban telah berlaku ye o.O maybe bila dah sampai bumi yang selalu hujan neh baru ada feel nak karang kot? hahahaha

hep2 hooray! i'm already 22 bebeh! hah? tak percaya? hahaha selalunya orang mesti cakap alamak tahun neh aku makin tua la! tapi azam baru aku tahun neh adalah untuk berubah menjadi lebih matang. agak2 korang ada tak buku rujukan untuk lebih matang? -.-"

well yesterday ended with a big BIG smile on my face. thanks to all of them yang sudi temani orang tua ini. hahaha. its gonna be your turn sooner or later guys! ^__^ well last night akhirnya berjaya jugak kitorang pergi ke pulau duyung setelah setahun lebih stay kat ganu neh. syahira, aku dh p pulau duyung!!! hahahaha. nothing much there tapi its really great if you spend it with your loves one. kan makcik2 sekalian??? hehehehe

ok blank dah idea. takpa, aku nak gerak ke klas. ada sapa2 nak ikot? takde? pemalas!!! hahaha. hepi new year everyone! ^__^