Friday, March 30, 2012

Playing with Colours!

hari neh sunyi. i mean petang tadi laa. tengah hari riuh macam hapa lagi tengok tv3 tak tau tajuk apa tapi ada zizan hooo gelak guling-guling dengan housemate! lepas tu nisah keluaq dating, meqsha pi Jom Heboh. bukan pi jalan-jalan nah dia pi jadi MyTv3Kids CREW! haaa sapa nakai dia skru dekat celah papan! hehe lawak ja meqsha lawak. ;p so dah nama pun dok sorang-sorang dalam bilik melayan perasaan sepi aku pun selongkaq abih mana ada dalam beg hitam aku tu. bukan ada barang mekap pun nak main. hmmm tiba-tiba teringat wani (housemate bilik sebelah) cakap kalau nak amik gambaq sila pakai foundation dulu! baru gambaq segak~ hahaha aku pun tenyeh bedak compact tahun lepas punya, pakai shawl cincai-cincai jom photoshoot meknie! #%$@%@%& ForeverAlone =.=" maka inilah hasilnya!

time edit gambaq neh, dengaq lagu Yuna - Terukir Di Bintang.

aku tak tau pasal apa aku rasa pic neh cool! haha

tokna kata mata aku besaq! muahahaha tq Avon~

bajet superstar gambaq atas billboard! ;p

suka pic neh for no reason.

mixture of meknie's colour!

rasa pic neh macam suci ja. muahahahaha!

so ini ja modal untuk aku update blog. padahal mulanya nak update pasal Jejak Inovasi yang aku join last week =.=" bila aku ada mood nanti aku update la pasal Jejak Inovasi tu.

p/s: semua barang photoshoot adalah sumbangan Puan Nor 'Aine! haha mak I Miss You.

Thursday, March 22, 2012

#6 Thursday Quote

"Sayangku jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu"
-Yuna, Terukir di Bintang-

rasa nak berjiwang-jiwang elak diri dari terus cuci mata dekat kedai alam maya (online shop). malam-malam buat apa meknie oi tak tidoq lagi neh? haishh esok jadi panda baru tau, jangan dok tanya pasaipa =.= well housemates aku ada yang dah lena dibuai mimpi, ada yang tengah soq (sahur), baru balik dari lab and ber'online' tengok gambar kelas yang classmate aku upload dekat facebook. aku pula dok seronok layan lagu Yuna, Terukir di Bintang tiba-tiba rasa sebak bila terbayang nanti dah tak jumpa pipi aku, housemates, classmates, jusmate eh eh silap kawan-kawan dari serata UMT. haaa dah la aku duduk jauh nun di pulau sana memang susah la kan mau jumpa sama depa ;( lepas grad nanti mesti ada yang sambung belajar lagi, ada yang dah start kerja or lazying at home cuti puas-puas before cari kerja. satu ja aku nak bagitau hampa semua bahawasanya aku akan sentiasa bawa kenangan aku selama kita sama-sama belajar dekat sini, Terengganu bumi terpanas buat malam ini. maybe kita akan jumpa lagi lepas neh or maybe kita akan berpisah. but no matter what happens, you guys make my life completes with smiles and tears. aahhh friends forever ala-ala S Club 7 boleh? hehehe


terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu~

Tuesday, March 20, 2012

Sampah

dah tak larat kutip botol plastik. belambak kiri kanan.bila nak jumpa intan permata. tapi tersilap pilih luka jari dek terkena kaca yang tajam =.= kenapa la banyak sangat plastik neh??

Thursday, March 15, 2012

#5 Thursday Quote

Don't walk behind me; I may not lead. Don't walk in front of me; I may not follow. Just walk beside me and be my friend.


don't walk behind me, i may not see you either you following me or left behind. but don't walk in front of me too because i may be the one who left behind or you might be out of my sight. so walked with me. beside me. so that we will always in the same direction and never be apart.




cherish every moments we had! 


 
my other pipi and me! ^0^



Read more:http://www.brainyquote.com/quotes/topics/topic_friendship.html#ixzz1pA9t0aeV

Friday, March 9, 2012

#4 Thursday Quote

"When you choose your friends, don't be short-changed by choosing personality over character."

"Wishing to be friends is quick work, but friendship is a slow ripening fruit."
Aristotle

i always believe that first impression is very important to knew someone on our first met. but as time passed by i changed my mind. personality and characters can't be judge over a year but you need more than 2 years to know a person deeply. people changed. you can't expect people around you to be like you think of it. but don't be surprised when a close friend of yours changed drastically or betray you in the middle of journey. even its hard and hurts you, accept it. that is the only way to do. don't hate that person but accept them the way they are. if you good enough, show them the right path of life. don't let them drown in their ego. be a good friend. helping each other could save your friendship. do it if you love your friends. 

silly us!


i can count on you like 4321~~


always stick together

our first night out. remember?


my lovely KEKITA #heart


my forever bff!


memories!

p/s: loves your friends as they are!

Read more:http://www.brainyquote.com/quotes/topics/topic_friendship4.html#ixzz1oXQTSVkQ

Wednesday, March 7, 2012

#6 Wordless Wednesday


















p/s: meteorology's mood! ^0^

Sunday, March 4, 2012

Buah Hati Pujaan Terbaru: Mr. PCR!

say hello to my new crush Mr PCR!

hari neh first trial buat PCR method for my recent project. dari pukul 10.30 sampai petang tadi 6.30 petang baru sampai stage PCR. next around 7.30 pm baru start gel electrophorosis. banyak lagi steps untuk siapkan projek aku. so aku rasa bye bye pesta buku kebangsaan PWTC April nanti. ;( frustnya!

oh tadi ingat nak snap dua tiga keping gambar tapi hantu apa merasuk aku tadi mengantuk Ya Rabbi. dah la mengantuk, lapar sampai nak berdiri pun tak larat. hahaha ayat nak over ja kan? ;p tapi thanks to akak senior Jannah sebab belanja makan tadi. Honto arigatou gozaimasu!! n_n hehehe so maaf entry kali neh tak ada gambar. 

Jumaat hari tu picnic dalam hujan. hahaha nasib baik sempat jugak makan nasi lemak "sepinggan" before hujan turun ibarat coklat mencurah ke ladang gandum! pergh dah la semalam pun kena hujan sampai basah lencun nasib baik hari neh sihat tak demam. Alhamdulillah ;) ada gambar picnic hari tu tapi nanti la aku upload. malas tahap gaban lagi sekarang.

so lepas neh aku bakal meluangkan masa dekat lab sampai semua sample bakteria aku siap di PCR kan and then hantar untuk gene sequencing. mudah-mudahan Allah lancarkan semua kerja aku nanti. Aminn Ya Rabb!

p/s: ok nak study sikit pasal PCR satgi pukul 7.30 nak kena gerak pergi lab balik. 

Friday, March 2, 2012

Goodbye February Hello March!

pejam celik pejam celik dah masuk bulan Mac kan? aku siap lupa lagi yesterday 29 Feb, mati-mati ingat 1 Mac dah semalam =.= so masuknya bulan 3 aku harap semua kerja aku berjalan lebih lancar dan lebih efficient. sila pergi jauh-jauh penyakit malas! oh by the way hari ni setelah dipaksa tak rela aku berjaya mendaftarkan diri dalam kelas Dr Danish; Bioinformatik bla bla bla (panjang sangat nak tulis). haaaa memang tak terlintas pun nak pergi join kelas tu sebab ada member cakap susah jugak nak dapat A so takut but since my recent project relate dengan molecular and phelogeny thus kena la apply kelas neh. tak apa...banyak sikit ilmu dekat dada! hahaha tu ja nak update. esok plan dengan budak-budak neh nak breakfast dekat pantai UMT. haaa dah last sem neh baru nak explore universiti sendiri =.= tak pa laa at least ada memories hujung-hujung semester neh ;p

p/s: charge cikgayah, esok nak snap picture awan banyak-banyak! ;p