There was an error in this gadget

Monday, October 31, 2011

I Heart You~~

hahaha baru berazam nak menjarangkan diri untuk update blog, main fb or even twitter. ya saya nak buktikan sehari tanpa mereka-mereka hidup saya tetap macam biasa. puuii. tipu belaka.

sejak dua menjak neh, housemate aku asyik cakap "lagi dua bulan meknie dah 23" =_____= oh yaka? benarkah wahai teman? aku rasa macam next year umur aku baru 19. ala-ala shuwit naintin apakejadah dah bunyi macam siam neh??? ahah! aku perlu lebih matang! eh tiba-tiba terbuka satu blog with a picture of mine with the owner of that blog. with a caption "28 jun 2009". rasa-rasa korang dapat tak agak hari apakah itu? its the beginning of our journey. aku dan dia. :`) wah dah 800 hari aku kenal dia. even aku dengan dia sangat berbeza tapi Alhamdulillah, ikatan antara aku dengan dia still utuh. gaduh la macam mana pun, merajuk ka, jeling ka amin ya Allah amin...there is always smile between us. 

bukan senang nak jumpa the other half of you. bukan boleh beli pun dekat Mydin or Hock Kee Seng. time Mega Sale lagi la susah nak jumpa. tapi once dah jumpa susah nak lupa. dia dah macam bayang-bayang aku even saiz kami SANGAT BERBEZA. dia la tempat aku luah perasaan, someone that you only trusted and the best person to play gossip girl with. hahahaha tak percaya? tanya la si dia. ^___^
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Happy 856th Day Shakila! 


Sunday, October 30, 2011

A Very Very Quick Update!

hi, been very busy lately. tests, reports, proposals, aiyaiyaiyaiyai meknie! yes i really need a good time management right now! overall its been a busy but yet the best semester ever~~ yippe yeay coz i had cooking lab (instead of class). the best lab ever since i entered UMT. hahaha why? coz i don't even need to bother bout frozen food anymore. hahahaha. first week we got keropok lekor, next one is fish nugget ang burger that helps us to cut the food cost. feel hungry at night? just defrost it and fry! :) so now no more playing around. final year student need to behave. heh? *smirk face* well enough for now. too cold to move my fingers. *frozen* pray for my final year project. :')

p/s: final project start running during this semester break. yup this January. =.= mommy i wanna go home! tsk~~

oh malu-malu kucing~ mieoww

huh? why? why?

grrrr~~~~ cubaan mengeluarkan api kat hidung

opss malu tak menjadi *blushing*

tiada perasaan malu dah -.-"

apakah?

yang sedang...

berlaku????

tension???

oh meknie dah gila!!!
lari...!!!!!

selamatkan diri anda!!!!

meknie mengganas!!!

eh?

meknie baru sedar diri bahawa dia terlalu besar untuk masuk dalam laptop =.="

SEKIAN, HARAP MAKLUM????

Saturday, October 22, 2011

Apa Korang Nak Bagi Nanti???

petang. nobody home except me and meksha. ceh dah petang-petang baru nak kenal dunia luar. meknie...meknie.... *sigh* perut dah lapar since tak lunch apa lagi gunakan apa yang ada dalam fridge tu. nasib baik la sem neh ada lab masak-masak so ada la frozen food nak goreng. amik sekeping burger ikan buat burger special. pergh walaupun tak la sedap mana burger tu abis juga aku telan sebab lapar. hahahaha

sembang + gosip + mengumpat bercerita dengan nada tiba-tiba masuk pula bab kahwin. hoii bukan pasal malam pertama tapi pasal dulang hantaran. favourite wey! hahaha aku selalu cakap kat meksha berjuta-juta kali dah nak hantaran kecil-kecil ja. tak mau besaq gedabak sampai tak muat dulang hantaran tu. buat lenguh tangan ja nak mengusung sampai ke rumah pengantin. barang apa yang aku nak untuk hantaran? aku nak kunci je for hantaran, ringan sikit muahahaha. setakat kunci basikal aku layan laa. *amaran post kali neh boleh buat anda annoy so sila tekan pangkah jika meluat*

ohoo nak hantaran macam neh boleh?? ^^,

me want this key for hantaran! haha

kunci rumah! hahaha

tiba-tiba teringat lagu "Kau Kunci Hatiku" haha XD

hahaha ok tak idea aku? mak aku cakap kan "kalau nak hantaran macam tu pastikan bakal laki hang tu orang kaya bukan anak orang kaya" hahaha absolutely la kan? as for me, apa aku nak balas bekas hantaran lelaki? hahaha ini hasil perbincangan aku dengan meksha. kalau pihak lelaki bagi kunci kereta aku balas kunci motor. KBM4652 boleh tak? kalau pihak lelaki bagi kunci rumah aku balas dengan kunci grill rumah tu. kalau dia bagi laptop, aku balas dengan broadband. kalau dia bagi kunci peti emas dia lagi bagus, boleh aku bolot balas  semua harta dia HAHAHAHAHAHA. hah satu lagi, aku cakap kat meksha aku nak bakal laki aku bagi teddy bear as hantaran boleh? setiap dulang ada teddy bear pegang kunci. hehehehe macam best ja! cute ja dulang hantaran tu nanti ;p ok fine aku tau pakat dok condemn aku dah neh. ok aku stop sampai sini ja alam berangan aku. nak buat report pula. ada hati nak menikah padahal mengaji pun tak habis lagi. mau kena hambat dengan abah aku satgi baru padan muka.




Thursday, October 20, 2011

Promote...promote...!

belek-belek blogwalking ke blog Hanis Zalika & Maria Elina tadi. oh ada promosi baru la. eh losyen! hmm...losyen dah habis, nak kena beli baru neh! oh ladies, sangat pantang tengok barang on sale or promotion. well that's us and not you. hahaha

actually both blogger neh tengah promote a contest that J&J tengah buat sekarang. what, haven't heard about it? quick check it here babe! --> click hereJohnson’s Body Care Naturally White Daily UV Lotion. ya, inilah produk yang deorang tengah promot. me? promote? not really laa but since i had tried it on let me share you my experience! ;p


masa nak pergi praktikal last few months ago, the only thing in my mind is sunburn. kulit jenis orang melayu sejati macam aku neh memang senang nak hitam bila berjemur tengah panas. dah la nanti praktikal dekat kolam ikan kan so faham-faham la. so bila sampai Kuala Kangsar aku pun ronda-ronda cari barang and in the list was an affordable sunblock. hehe. masuk one of the pharmacy jumpa Johnson & Johnson products. ok yang purple lotion memang dah selalu guna. very calming sesuai untuk orang susah nak tidur. eh ada new one la! its Johnson’s Body Care Naturally White Daily UV Lotion. its cheap and smell nice. yela alang-alang nak beli lotion mesti la nak yang wangi-wangi sikit. plus the good news is it has UV protection. ok already bought it! and the result is no burning skin during practical and yes i can sleep dengan nyenyaknya at night! 


tu body lotion, as for my face i used SKINZ UV White Radiant-Gene Activator Whitening Day Moisturizer SPF 20PA++ hah amik kau panjang berjela nak tulis. hahaha its a very good product since lepas pakai tak rasa melekit aka belemuih and as result tak la putih lagi but say no more to sunburn! yeay me dah dapat the best product for my skin. yippi yeay yeay! both product aku suka sebab product J&J punya sangat affordable and Skinz pula sangat berbaloi beli. so its your choice nak guna yang mana satu. 


so esok lusa bila dah habis lotion nak beli baru, Johnson’s® Body Care Naturally White Daily UV Lotion se! sebab yang lama punya dah bagi kat my little sis that day. sekarang punya pakai purple body lotion. dengan ini saya menyeru anda semua membeli body lotion, disamping dapat tidur lena anda juga dapat mengelak diri daripada digigit nyamuk! hahahaha ;)

picture  credit to Google ok!


calming your day ;)
 

Thursday, October 13, 2011

sejak dua menjak neh emosi tak berapa betul. terkadang hati terkecil tapi badan tak pernah mengecil. terkadang hati terus mengembang bak badan sihat sejahtera. apa nak jadi neh meknie? hati kena kering sikit kalau dah tau duduk dengan orang mulut celupar direct. ala mulut kau pun sama meknie. jangan nak perasan innocent sangat. what you give you get back!

tapi....mulut aku jahat bertempat. yaka bertempat? ya saya masih relevan. kalau rasa hati neh panas ja tengok adegan depan mata, mulut terus berkerjasama menjalankan tugasnya. terkadang terlepas kata. tapi kalau aku cakap baik-baik. sopan santun korang tak faham kan? korang tak dengar kan? so tengok orang la aku cakap. kau main kasar aku main kasar. lu langsi lu mati.

mungkin faktor usia dan hormon. yala bila dah makan tak menentu hormon yang ada dalam badan pun tak menentu. makan banyak, banyak la hormon terembes. makan sikit pun banyak hormon terembes. eh tu bukan hormon tapi air liur. lapaq gamaknya. so jangan cari pasal dengan meknie yang tengah lapaq macam singa. hormon tak menentu. ah sudah la. dari tadi dok merepek ja kerja. tetiba teringat pepatah "orang berbudi kita berbahasa" ya, sila amalkan selalu kalau tak mahu diserang sakit jantung! tak tau apa dok merepek

Stress Membantu Perkembangan Sel-sel Otak!

hi people! yup, its been a while i haven't blogging since the last post. oh my macam-macam  dah jadi sekarang.
kelas sem neh semuanya ok. alhamdulillah. banyak ilmu aku dapat sem neh. tapi yang tak best tetap ada hahahaha.

sem neh aku amik kelas kultur ikan hiasan. pergh memang dah aim kelas neh dari sem lepas lagi. last-last dapat gak attend kan? aku punya la semangat nak decorate display tank siap pinjam buku kat library. buku pasal aquarium design. hah korang ada? hahaha tapi masalah sekarang neh bukan design or equipment, masalah sekarang aku dah dapat badi kelas kesihatan organisma akuatik!!! hahaha habis parasit naik kat ikan aku. quarantin konon. pigidah meknie, nama ja belajar pasal ikan tapi tak tau nak handle ikan. bukan aku tak nak beli ubat ikan tu. tapi bila aku pergi kedai tadi tengok sebotol ubat dia mau rm20++, kalau botol tu besar botol kicap jalen tak pa juga. neh besar lagi botol bedak carie junior aku. mana nak cekau duit? hari tu dah abis duit banyak nak beli ikan dengan pasir la air pump la semua la. hadoi semak otak aku.

apa nak buat sekarang? tunggu je la ikan-ikan tu mati. next week beli baru, check betul-betul. belek seekor sejam. aku rasa nak ja bawak microscope pi kedai ikan tu. hahahaha tak pun bawak Dr. Marina sekali settle masalah. hehehe. esok aku nak cari anak ikan baru....wahahaha anak ikan neh senang, tak da penyakit white spot ka fin rot ka. bela buat cuci mata ja hahaha. dah dah meknie menggatai dah! ok out dulu la. stress tengok ikan sakit.

Sunday, October 2, 2011

Random

malam-malam neh lapar plak perut aku. dem ini lah jadi bila musim hujan, asyik nak makan ja kerja. pagi makan roti, tengah hari nasi goreng, petang makan cubit-cubit ja (maruku, roti boy, instant bubur nasi) so tadi aku belasah biskut tiger 3 keping dengan harapan perut aku senyap sampai esok pagi. =.=

jumaat lepas aku buat mini reunion dengan bestie aku masa matrik; midah dengan isma. oh of course la aku bawa orang kanan aku; meksha. dia ibarat bayang-bayang aku walau berbeza saiz. tak lupa driver bertauliah encik adam. lepas solat jumaat baru boleh bertolak sebab pagi driver aku ada date dengan kekasih gelap dia Mr. G oh jangan tanya aku sapa Mr. G okay?

sorry sebab ada satu picture saja sebab the rest ada dekat midah and yes aku terlupa nak ambil dari midah sebab sibuk bersembang. so nothing much sangat since dah petang and isma kena balik awal sebab esok dia ada kelas plus report yang belum siap. so lepas habis makan kat Pizza Hut gegurl semua shopping sakan dekat kedai tudung/shawl ok fine aku dengan meksha ja yang beli banyak. midah and isma beli satu barang ja. habis shopping, hantar balik isma and midah balik hostel aku pun balik je la. hehehe

sampai rumah rasa letih semacam padahal bukan berjalan jauh pun. terus matikan niat nak ikut nurul dengan wani pergi pesta konvo. padan muka terlepas nak tengok persembahan siapa tu yang berlakon juvana? daim?  entah tiba-tiba blank otak aku malam-malam neh. =.=

mata dah layu telinga dah cram dok dengar cerita Rio. yup i'm listening to Rio movie instead of watching it. tak tau pasal apa buruk sangat perangai. ok i'm sleepy now. esok nak tengok member punya konvo. hmmm i need a flower and chocolates for him. tunggu ye abang senior esok saya bagi bunga :)