Tuesday, January 31, 2012

Outta Mood

patutnya banyak aku nak update tapi kekangan disebabkan tahap kerajinan aku jatuh merudum bila balik rumah nampak katil yang memanggil-manggil "meh la meknie golek-golek tengok movie" so aku rasa a proper update will be done after balik terengganu. duduk tepi tingkap sambil tulis post baru. amik feel! hahaha

p/s: nak melayan budak kecik telinga capang tu. thats why malas. hahaha

Wednesday, January 25, 2012

Shopping Means Happy!

dah lama sangat aku tak keluar berdua dengan mak usu aku. this lady had been by my side since i was a little girl. yes she always stay with me even distance apart us. dia la satu-satunya tempat aku berkongsi cerita. suka. duka. manis. pahit. masam. kelat. err masin...?

so hari ini (24/01/2012) kitorang pergi KLCC sebab aku tak puas beli novel dekat MPH Midvalley yang kecik sekangkang kera. hahaha maka aku nak jugak pergi Kinokuniya tempat feberet aku beli english novels! baik kan mak usu teman aku beli novel sampai ke KLCC and she even belanja aku makan Pizza Hut sebab aku ada cakap dulu masa dekat Terengganu teringin makan 7 Cheese tapi tak ada. dia skip plan nak makan Kenny Rogers semata-mata nak bagi aku merasa piza tadi sobss saranghae moksu!

so today punya acara adalah: Beranang - Kajang- KL Sentral - KLCC - Pasar Seni - Plaza Ampang - Kajang - Beranang. KLCC [Kinokuniya - Pizza Hut - Candylicious - Uniqlo - Tarian Singa?] malas nak tengok wayang sebab dah lewat pun masa sampai KL tadi. banyak chit chat sebenarnya the whole day. hahaha. tapi satu je masalah aku bila jalan-jalan kedai baru. shopping!!! yes i mean it. shopping sakan laa meknie! hari neh saja aku dah beli dua buah novel : Meeting Mr Darcy & Switched. tu pun nasib baik nampak juga jalan keluar kedai kino tu. kalau tak mau je aku berkampung kat situ! then sat lagi, tengah sedap jalan-jalan nampak satu kedai yang oh my i've heard bout you bebeh! its Uniqlo!! yeay at last jejak juga kaki aku dekat kedai tu and err and hmmm bought some...thing...? sorry to say la, tak tahan wey tengok red hoodie tu! kalau tak beli rasa menyesal tapi kalau beli kena la beli t-shirt plak kan? hahaha maka aku beli hoodie merah satu, short sleeve hijau lumut satu. ngeee

oh by the way aku baru tau yang RapidKL LRT dah pakai token =.=" dulu aku selalu pakai tiket biasa (kad/card) tapi sekarang dah ganti dengan blue token. then aku pun beli je touch n go card bg memudahkan perjalanan. no more line up just to buy a small blue token. aku sebenarnya dari dulu lagi nak beli touch n go sebab dulu selalu jugak turun kl. senang nak naik monorail ke train tapi entah la sebab apa aku tangguh je niat tu. so semalam beli terus bila jumpa kaunter yang ada jual kad neh. even dekat terengganu tak la pula ada bas rapid kl or train ktm tu kan, kad neh tahan 10 tahun tau! so kredit aku dalam tu tak sia-sia jugak la. hahaha

aku pakai token biru je


touch n go 1 malaysia


balik rumah dah dekat pukul 11, tengok ada kereta mak tam. so sembang-sembang pulak dengan mak tam. macam-macam cerita keluar. dari diorang kecil sampai la besar ada ja cerita nak digebangkan! hahahaa around 12 mak tam balik. oh letihnya pinggang! esok nak kena melawat rumah mak jang pulak ye. kang kecik pulak hati dia tak g rumah dia.

Candylicious yang superb!

Syurga Buku!

yes i bought this but in red ^0^


p/s: actually nak je upload picture sendiri tapi certain place tak snap pic and certain time pulak malas snap picture. so i Google some pictures!

Sunday, January 22, 2012

The Worst & Best Day Ever!

hari neh kena marah dengan abang sendiri. ya kena tengking depan mak usu sendiri ok? masa tu laju ja mulut aku terkumat-kamit mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak licin permukaannya. hujah yang dia bagi sangat menyentap hati. malah mengguris hati yang lemah ini. ayat mau dramatik tak? pang lempang sebiji dari abang tersayang. what the..........  o.O

so bila aku dah mula tarik muka yang masamnya lagi teruk dari cuka getah maka proses memujuk atau memancing minat aku bermula. "hang nak pi beli buku kat mana neh? nak beli buku english or malay? novel ka?" huh satu soalan aku tak mau jawab. hati terluka wey terluka! sobss maka diteruskan dengan penjelasan kenapa dia melenting yang masuk kiri keluar kanan. bak menjirus air di daun keladi. maka pilihan terakhir ajak makan di Seoul Garden. malang memang menimpa bak timbunan kayu balalk sebab Seoul Garden sudah tutup. aiyoo abang...apa mau buat....haa...haa.....tak tau meknie tarik lagi seinci muka!

maka dengan berbekalkan pengalaman dibelanja oleh bos tempoh hari, abang kesayanganku bawa la makan dekat Restoran Rebung yang dimiliki oleh Chef Ismail. muka dah kurang kedut walau masa ambil makanan tu dok control muka excited makan bufet orang bayar! hahaha banyak woo makanan! eh eh cerita pasal makan neh nanti aku cover next post. hehehe

so lepas perut kenyang aku dengan mak usu aku dicampak ke Midvalley. shopping buku guna BB1M ritu. padahal ada RM100 ja lagi. pusing punya pusing cari buku Cecilia Ahern tapi hampa sebab tak jumpa tajuk yang aku nak. tiba-tiba teringat suggestion mira, adik azira suh baca buku The Hunger Game. so cari la dekat crime/mystery punya section. haish tadak pong! ka dekat teens? so aku pun pusing la MPH tu tapi jumpa yang second book. macam mana nak baca secong book kalau first part tak baca lagi? cari lagi. habis aku scanned section tu dua tiga empat kali sampai la jumpa the only copy of this book! omo RM96.90 for one??? yes for one copy of this book cost me dua keping baucer tau tak?? so pergi tanya kaunter kalau-kalau ada copy lain yang murah sikit. boleh la beli tiga-tiga sekali gus! tapi akak tu cakap buku yang aku pegang tu memang last copy yang deorang ada. maka aku pun beli la buku tu dengan bangga sebab aku baru tau buku tu collector's edition. that why mahal even kotak dia macam buruk!


sorry gambar google sebab tak bawa kabel henset =.="

makanya aku lah insan yang paling bertuah sebab dapat beli the last copy of this book tadi muahahahahaha!! rasa macam nak buat harta kesayangan starting from now on. mahal kot it worth about RM100! so today ada both bad and best day ever in my life! ^0^ happy!

Thursday, January 19, 2012

#3 Thursday Quote

A life spent making mistakes is not only more honorable, but more useful than a life spent doing nothing.
-George Bernard Shaw-

jangan pernah melihat sesuatu kelemahan diri itu sebagai suatu batu penghalang untuk terus dan terus berusaha mencapai kejayaan. setiap kesalahan jangan dianggap sebagai suatu bebanan tetapi lihatlah ia sebagai satu batu loncatan atau pembakar semangat untuk terus berjaya di masa akan datang. terus melangkah menghadapi hari-hari baru dengan semangat yang baru. ingat, jangan mengulangi kesilapan yang lalu dan anggap la ia sebagai suatu kenangan dalam hidup kita yang memberi jalan baru ke hidup yang lebih bermakna. hidup tanpa kesalahan terkadang membuat kita terlupa bagaimana untuk belajar mengatasi masalah atau belengu hidup. kehidupan yang terlalu mudah ditempuhi kadang-kala tiada kemanisan dalam erti hidup sebenar. tetapi jangan terus mengulangi dan tidak mempelajari dari kesalahan sendiri atau orang lain. 

Monday, January 16, 2012

I Miss Them

oh how i wish i can turn the time back to our precious time together. 

I miss KEKITA

I miss Suriyati n friends 

I miss my childhood friends

I miss the old me :'(



Sunday, January 15, 2012

Pictures Of The Year 2011 Contest

lamanya blog neh tak follow up dengan contest-contest kan? =.= bukannya busy sangat pun tapi malas nak blog jalan (blogwalking) ke blog-blog lain. loser. so ada la member aku tag dekat contest neh.

sila klik untuk info lanjut
 mula macam malas nak menjengok tapi bukak ja tuan empunya blog kan eh eh hensem la awak! nak join la! ok sila lempang meknie laju-laju! o.O memandangkan laptop aku neh dah berfungsi macam album gambar aku pun belek-belek setiap folder yang ada. hah jumpa! ada pun satu gambar yang paling aku suka! sebab apa? sebab its a very fun day spending your time with your friends! plus aku yang drive that day. hffttt hidung kembang kempis kembang kempis.

makanya aku mempertaruhkan gambar ini untuk contest
Pictures Of The Year 2011 Contest



bawang pink & bawang purple mencari 'ibu' si ikan kaloi atau ikan koi??

ok siap. done. sekarang mari kita senaraikan blogger lain. mana tau nasib deorang menang dalam contest neh kan? hehehe


so sekarang jom tweet-tweet mereka ini kabo ada contest gempak beb!!!! woottt woottt~~

Saturday, January 14, 2012

Faisal Tehrani Dengan Islam tsaqafi

sambil menunggu kedatangan tuan rumah En Azri moh le kite sembang-sembang di alam maya!

Khamis lalu bersamaan dengan 12/1/2012, shakila dengan izyani membonceng motor ke fakulti untuk menghantar tugasan terakhir untuk sem ini bersama log book final year project. sampai ja dekat ex-fakulti oh yes budak akua sekarang dah ada fakulti sendiri yo! opss yes kitorang dah berdikari akhirnya dengan wujudnya Fakulti Perikanan dan Akuakultur Industri (FPAI) fepai? bersepai? hahaha. oh orang ramai dekat FASM sebab baru nak ambil BB1M. amboi che kiah kau tak tau lagi ke student IPT dapat Baucer Buku 1 Malaysia? RM200 lagi tau! so cepat pergi amik dekat fakulti korang ye?

eh ini buka intipati post aku sebenarnya. -.-" den sobonarnye nak kabo yang den dah boli buku Faisal Tehrani: Sebongkah Batu di Kuala Berang! muahahaha happy tak tau nak cakap sebab dah jumpa buku pujaan hati. ada satu copy ja tau tak buku neh! so aku pun capai buku tu cepat-cepat sebelum orang lain kebas nanti. so meh kita review sikit buku neh.

"Sebongkah Batu di Kuala Berang" mengisarkan tentang projek tahun akhir pelajar kursus sejarah Nusantara. lima pelajar ini diberi peluang keemasan untuk mengarah sebuah filem atau lebih tepat sebuah doku-filem mengenai sejarah kedatangan Islam ke Terengganu melalui Batu Bersurat yang dijumpai di Kuala Berang. 

itu secara general pasal buku FT kali neh. nipis ja 176 muka surat sahaja! aku rasa tak puas pulak baca buku FT yang nipis macam neh. tapi senipis buku neh, ilmu yang kita dapat sangat la tebal! by the way first time aku baca buku novel yang ada "nota hujung" atau references. hehe bagus jugak at least pembaca tu tau segala yang dikarang oleh Faisal Tehrani bukan rekaan semata tapi fakta semua! Islam tsaqafi adalah teras cerita neh bagi pendapat aku. buku neh banyak ajar kepada pembaca apa itu Islam tsaqafi? apa peranan Islam tsaqafi dalam penyebaran Islam dari Tanah Arab ke Pasai hingga ke Tanah Melayu. ada percanggahan isu mengenai kedatangan Islam melalui Pasai dan Tanah Arab. banyak cerita mengenai ulama-ulama yang mungkin aku tak kenal kalau tak baca novel FT neh. sejarah kalau nak dibaca direct dari sumber-sumber sejarah itu sendiri memang susah. tapi FT dengan caranya yang tersendiri membuka minda pembaca untuk menghadam 'nota-nota' sejarah tentang diri kita. ya tentang asal-usul seorang Muslim yang berpijak di Tanah Melayu. aku dapat rasa cerita neh ada sikit persamaan dengan Us Azhar Idrus dalam pendekatan beliau dengan anak remaja dalam merungkai persoalan agama dan membimbing ke arah yang benar dengan cara 'orang muda' yang gemarkan hiburan. Islam itu mudah. Islam itu menyenangkan. itulah Islam tsaqafi.

oh ya walau buku neh banyak 'bercerita' tentang bagaimana kemasukkan Islam itu ke Tanah Melayu dan Acheh tapi FT bijak menyelit satu dua unsur jenaka yang boleh tahan pedasnya! contoh seperti nama-nama artis yang turut terlibat dengan filem ini; Azhan Kaya, Sharifah Ezzati, Seeta Adeeni, Fazid Khamil, Betty Falak. Sharifah Ezzati seorang artis yang terkenal dengan kontroversi di sebuah majlis anugerah dengan kenyataan 'saya rasa seperti bodoh makan cencaluk dan rasa lebih standard apabila makan spageti' ketika mendapat anugerah pelakon terbaik melalui filem Budu arahan Yamin. Seeta Adeeni pula bergaduh sampai jatuh lombong dek kerana seorang lelaki. hahaha its so funny ok! disebabkan perangai mereka dokumentari drama ini tertangguh. 

overall buku neh aku bagi 4/5 sebab buku neh nipis so aku tak puas membacanya, boleh tak? hahaha geram okay buku nipis-nipis macam neh. and one more thing aku rasa buku neh macam tak habis tau tak cerita dia. paham tak maksud tak habis? tergantung? perasaan bila sampai ke muka surat terakhir "eh eh dah habis ka? eh tak buku neh tak cukup muka surat ka? kenapa ada Nota Hujung dah neh" so aku tak mau bagi 5/5 untuk buku FT yang neh. hahaha bias tak? 

okay bai, masa untuk mula menelaah nota KOA. 

Thursday, January 12, 2012

#2 Thursday Quote

"Not everything that can be counted counts, and not everything that counts can be counted."


- Albert Einstein-




I believe that everything you see is not the real visual. eyes can lie. yes. if you don't believe me then go into a very deep and dark well. see how many people that you so called 'friends' come and give a hand for you to get out from there if you are lucky. read it again 'if you are lucky'. but i don't really mean that not every people in this world are cruel. but they are too busy with their life to check on our life. same goes to love. you might felt like nobody loves you. everybody leaves you but deep inside there, someone love you more than anything. you can't measure love with a tape or a ruler or even using scale. erk scale?? no no no not everything in this world can be measured dear. but yet not everything in this world that you know how many it were can be counted. complicated right? well let just say even you have thousand friends in this world, you don't even know which one is the real one or virtual. facebooks' friend is just a list. and not everything in life that is important can be counted using numbers for example friendship, love, honesty, trustworthy.   




p/s: you can count how many friends you have but you never know how strong of their friendship in them. 





gigi di gusi boleh dikira, 
rongak di gigi tanggung sendiri.




Thursday, January 5, 2012

Perihal Tentang Kebahagiaan

bahagia tak semestinya bersama kekasih pujaan hati. gembira tak smestinya bila berjumpa selalu dengan si dambaan hati. aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang. terima kasih Ya Allah.

panggilan dari Abah


"Hello, assalamualaikum abah. ya..ya........"

ya abah saya call tadi. baru nak baca yaasin. abah, alhamdulillah sihat. adik-adik juga sihat. mak ja sakit lutut sikit-sikit. mak kata nak demam sebab kena hujan hari tu. abah baru balik dari kebun. tadi hantar tuala dekat adik yang bakal duduk di asrama. ada qiamullail abah kata malam neh. kesian adik tu. tak biasa kelas pagi sampai ke petang. ya 5.30 petang baru habis kelas. sudahla minggu neh tak duduk asrama lagi. terpaksa la abah ulang-alik menghantar nun jauh sampai ke ulu melaka dari pekan kuah. Insyaallah sabtu neh masuk asrama. sekarang tengah minggu orentasi abah kata. petang ada kelas tambahan bahasa arab. kesian adik aku sorang neh. tak biasa hidup cara asrama. abah kata merah mata dia. tak cukup rehat rasanya.

aiman pula adik bongsu tu lebih berdikari. darjah satu tahun neh. alhamdulillah pandai jaga diri. hari pertama abah kata dah pandai pergi kantin sendiri. abah tanya makan apa waktu rehat? nasi lauk ayam kicap! seringgit ja abah, aiman beli sendiri. air pun beli sendiri. senang hati mak dengan abah. balik pun senang berjemput. tunggu ja dekat tempat biasa.

exam macam mana abah tanya. alhamdulillah. first paper dah lepas. boleh jawab. paper penilaian projek je kot susah. tapi abah kata insyaallah boleh buat. abah doa. cuti bila? tak balik la sebab ada projek untuk tahun akhir nanti. sebulan jugak kot. abah tanya bila pulak nak balik? bulan 6 la kot. tunggu habis sem depan. abah kata abah pergi umrah 25 atau 24 mei. oh mungkin masa tu exam. kesian abah. rindu anak dia sorang neh. tu la sapa suruh tak mau datang melawat hari tu.

abah tanya motor macam mana. ok? roadtax bila mati? ish abah neh bukan ka baru ja renew bulan sembilan hari tu? abah, nak tukar rim motor. abah pesan cari yang besi bilah 3 ka 4 entah. abah tak ingat nama dia. yang tu tahan sikit. nanti tak cukup duit abah bagi. abah tanya juga pasal rumah. ok tak? dekat mana? jauh tak dengan kampus?

abah tanya terengganu hujan lagi? langkawi dah tak hujan. panas ja. hah kebun abah dah ada paip air. leps neh siram pokok pakai paip ja. ada juga la pokok yang mati sebab abah jarang tengok. sibuk kata abah. nak suruh aku p tengok la tu kebun dia tu. tapi abah, anak abah dekat terengganu. jauh abah. ok la abah nak p mandi dulu. assalamualaikum. tut panggilan diputuskan.

walau saya tiada boyfriend untuk berdamping
saya ada Abah yang rindukan saya
walau saya tidak meluangkan masa bersama kekasih hati
Aiman & Mukhlis ada pengubat hati
walau saya masih tercari-cari pujaan hati
Allah berikan kebahagiaan di hati saya
walau saya terkadang jealous tengok mereka berdating
saya ada keluarga saya yang sentiasa menyayangi saya!

p/s: mereka rindukan saya! tunggu kepulangan kekandamu yang jauh di rantau orang ye adindaku sekalian! oh buat ayahanda dan bonda, saya sayang kalian berdua!

#1 Thursday Quote

Don't cry because it's over, smile because it happened.” 
-Dr. Seuss-

everything happens for a reason. so why don't we, yes you and me face it with a smile. because Allah never gives us something that we can't bear. so think positively and live happily. keep a smile on your face because it will helps you becoming a strong person. He always be with us if we always put Him in our heart. lets change to a better person today!  


p/s: siapa kita untuk memilih jenis ujian yang datang? (dipetik dari Us Hasrizal; Akhirnya Aku 'Abdullah')


Wednesday, January 4, 2012

Tuesday, January 3, 2012

Saya Sudah 23. Anda Bila? ^0^

last year sambut birthday on a bus. this year sambut birthday dalam examination hall. how pathetic is that? but hey who else dapat birthday call in the bus like me? hehe. thanks to nurul and sarah who called and sing me a birthday song! thanks you guys~

so this year i got a jar that filled with beautiful stars in it. siap keluar lampu lagi kalau goncang~~~ haa~~ korang ada? hahaha thank you to penggapai bintang-bintang sebab deorang sanggup menggapai bintang dari malam sampai ke siang hari woo! lots of love to Shakila, Nurul Farhana, Syazwani Izzati and siapa-siapa la yang menjadi tukang buat bintang! hehehe me love it mucho mucho~

so tadi done with first paper final exam. amik ikan dekat hatcheri. sorry zufar no fish for you hahaha. so balik la dengan hati yang senang-lenang lalalala~ ajak meqsha beli anti-klorin untuk ikan. tiba-tiba ajakan menjadi galakkan bila teringat jualan runtuh dekat avon. avon tak avon asal barang dia murah and sedap aku pakai, aku bedal je. hehehe. so lepas beli anti-klorin dekat ming yu 3 terus je motor kapcai aku bergerak ke avon cawangan gong badak. hah dapat la beli eyeliner baru walau yang lama tak habis lagi tapi sebab rm9 sahaja maka aku pun membeli tanpa berfikiran panjang. yang lamanya memilih warna gincu sebab meknie dah 23 kena la ada gincu sebatang. nanti kalau nak menggedik boleh la mengoles gincu di bibir! hehehe.

so berakhir sudah perjalanan hari ini. semalam meqsha beli ais krim ganti kek dia kata. arigatou gozaimasu! kamsahamida! tadi aku kirim cek mek molek dia beli sekali dengan kuew tiau and ABC. yumm2 perut buncit hehehehe.

p/s: tengah merancang nak make up encik KBM. tengah survey harga and colour. hehehe