Monday, November 28, 2011

I Fall in Love With You Dr Najiah!

kelas satu jam Dr Najiah berakhir dengan satu kuiz. "sila keluarkan kertas, tulis nama dan nombor uk". alaa aku tak salin pulak semua notes tadi, mati aku kuiz kali ni! tangan aku terus laju menulis nama penuh dengan nombor uk dengan hati yang berbelah bagi. hmm MAS tu bacteria yang ala-ala buasir kan? edward....apa entah tadi Dr cakap? edward cullen aku tau la~ mati laa aku! Dr Najiah dengan lagak selamba membaca soalan kuiz, "nyatakan......ciri-ciri....gadis atau teruna idaman anda" WHAT??? CIRI-CIRI TERUNA IDAMAN ANDA??? terdengar bunyi "hahh????" bergema-gema dalam dewan kuliah. aku tengok orang sebelah. aku tak salah dengar kan soalan tu? aku rasa aku amik subjek Kesihatan Organisma Akuatik. aku rasa aku nampak Dr Najiah means aku tak tidur dalam kelas. "anda ada masa lima minit untuk jawab soalan, sila beri sekurang-kurangnya 5 ciri-ciri ya" loh kok jadi gini?? jawapan aku? hahaha jawapan basic ja. tak berani amik risiko. and yes Dr Najiah baca out loud in front of the lecture hall! hahaha jawapan budak-budak akua memang tak pernah menghampakan. antaranya:

  • gadis yang kaya
  • gadis berambut panjang
  • gadis berlesung pipit bila senyum
  • teruna berbadan bersaiz M
  • teruna yang mampu zahir dan batin
  • teruna yang rajin berkerja serta mengaji 
  • teruna berkulit gelap
  • teruna yang pandai buat lawak
  • gadis yang romantik <--- aku nampak jawapan akmal azmi ;p
  • gadis yang pandai memasak
  • teruna berbulu di dada??? <--- jawapan orang sebelah aku haha
tu ja yang aku dapat recall malam-malam neh. harap-harap jawapan aku dapat fullmarks. hahaha Dr Najiah, me fall in love with you la! why? sebab first quiz dia tanya nama fakulti and nama fakulti baru yang akan ditubuhkan nanti. Dr Najiah buat kelas theater bila dia suruh students dia lakonkan situasi menghadapi masalah berkaitan kesihatan ikan di kalangan farmers and how it been treated. mula-mula aku takut juga dengan Dr Najiah sebab dia aturkan tempat duduk students dalam lecture hall ikut senarai nama. tapi she's a good lecturer actually. minta-minta la soalan final exam dia keluar macam quiz tadi. hahaha ;p 

Tuesday, November 22, 2011

Proposal's Presentation

hi seniors! hari neh hari ke-2 proposal presentation for final year project. me? aku esok baru present. lambat lagi kan? nervous? haruslah bertambah sebab kita dah tengok ramai classmate aku present. ada yang smooth ada yang kena hentam dengan lecturer. bukan la kena hentam tapi bila kau dah nervous tahap mega soalan senang pun kau nampak complicated. yesterday quite ok la. lecturer yang selalu tanya just Dr Hii, Dr Asma, Dr Safiah or Dr Nadhirah. today's panels quite mencabar. ada Dr Ulfah, Dr Danish (yang neh ok ja kot) but now ada Dr Siti Aisyah! remember subject seaweed cultivation aku last sem? yup, ini la lecturer yang aku tak boleh predict. dia jadi panel pun sebab ada student FYP dia (nana, adam, dila). tiga orang tu tegar gila amik Dr Siti jadi supervisor diorang. not me! tadi umairah dah kena 'attack' pergh dasyat gak la kalau aku. suara dah la lantang mau nangis aku jadi umairah. hahaha sekarang turn azri. ok aku nak tunggu apa jadi kat azri jap lagi hahaha.

cuaca hujan seakan tau ja perasaan students. tak menentu. takut. cuak. nervous. tapi dah habis present terus senyum siap gelak-gelak kuat lagi. =.= aku lambat lagi nak alami semua tu. huhuhu. suasana bilik perbincangan dah macam dalam cyber cafe (nurul & sarah et al., 2011). semua students busy check slides, tambah info-info baru before presenting their proposal. oh ya azri pun kena point out sekarang sebab tajuk dia macam buat separuh ja as student master yang akan buat identify part. kesian kau azri! mintak-mintak everything goes smoothly for me tomorrow~

p/s: thanked God Dr Siti & Dr Hii tak ada as panel for tomorrow's slot! ;)

Sunday, November 20, 2011

Another Quick Update

hi, very soggy day with raining heavily here and there. no more blue sky. only black grey sky with little tiny drop of rain if there is no thunder or windy rain. should bring my sweater today plus i left my raincoat too. today is the last day to submit list of order for my final year project early next year. haven't study the methods thoroughly thus banyak mistakes masa tulis order tadi. aih apa nak jadi neh meknie. rasa serabut sangat sekarang. assignment berlambak lagi. hahahaha kan aku dah cakap awal sem aritu, dah amik banyak kelas so banyak la kerja. rabu neh present proposal semalam rehearsal dengan Dr. Danish. ada yang kena tambah-tambah lagi. proposal memang banyak kena repair and tambah lagi. dah tu menyempat ja aku update kan? hahahaha rasa tension sat asyik tengok journal dengan proposal thus spend my time here for a while. ok have a great day peeps!

Thursday, November 17, 2011

ChurpChurp Is Here!

Over 50 million people in Asia are getting the latest updates from #ChurpChurp! Don't miss out on the fun here!

hahaha baru nak try churpchurp! ;p

Being Proposed.

hi peeps! nak cakap busy tak pula busy aku neh. kerja memang banyak tapi aku tengok separuh anak mata ja. biasa la meknie memang dasar pemalas! hahaha rewrite you proposal meknie! dah la method semua tunggang langgang. lagi mau main twitter kah? blogging kah? =.=

being proposed? yup i'm already been proposed by Dr Danish for my final project. eh eh meknie dah super junior senior la! puii senior la sangat. tak boleh buat teladan dekat junior langsung! hahaha tadi main-main aci sembunyi dengan anak ikan aku sempat juga aku bertanya dekat member-member aku dengan pembantu hatcheri "mana nak cari barnacles eh?" dah la sekarang musim hujan susah nak meronggeng. nasib baik hari neh cerah. alhamdulillah. ada siapa-siapa tau the exact location nak cari barnacles sekitar area Kuala Terengganu? jangan cakap dekat tali bot banyak. aku lesing satgi. aku nak try survey area pantai UMT dulu tapi if anyone know where to collect it please inform me ok? aku neh cakap ja nak buat bacteria bagai tapi nak cari barnacles tu pun terkial-kial lagi. ya memang banyak ja bot-bot pakcik nelayan dekat sini. masaalahnya dekat mana? port tu di mana? =.= ok aku dah tak ada mood nak menulis dah. nanti-nanti aku update la ye huhuhu

Saturday, November 12, 2011

It's Time to Go The Other Home

well its been a week thou. =.= tapi satu kerja pun tak siap. kenapa la lecturer suka sangat bagi kerja time cuti raya eh eh silap kenapa la ramai student berangan nak siapkan assignment mereka di cuti raya ? bukan nak perlekeh tapi aku rasa yang berjaya siapkan kerja-kerja mereka hanya la orang yang betul-betul menyayangi buku ilmiah mereka dan golongan ini hanya wujud sekitar 10% ok fine aku up sikit, 15%. yang 15% tu mesti student final year excluding me please or ada parents yang garang kat rumah. hahahaha dari budak tadika, sekolah rendah sampai la menengah tu tak kira budak matrik or diploma lagi tambah-tambah budak degree macam aku neh mana laa suka nak pegang kertas kerja time nak beraya. tak pernah dibuat orang pergi beraya makan ketupat sambil tulis report. eh ka ada ja yang buat? kesimpulannya, buat berat beg ja bawa balik buku segala untuk tulis proposal, assignment and report during cuti. baik la beg tu berat bawa balik kepok ganu~ hahahaha malam neh depart pukul 9 pm. nak kena bertolak before 5pm dari rumah. kenapa la firefly dengan airasia tak buat flight direct langkawi-terengganu? letih la nak naik macam-macam transports nak sampai sana.

p/s: eh terengganu hujan lagi tak? mood malas nak p kelas mai dah hahahaha

Wednesday, November 9, 2011

Oh Cuti~~

cuti yang sepatutnya diisi dengan segala kerja-kerja telah digunakan dengan sebaik mungkin bersama keluarga. hahaha. pasneh susah dah nak balik rumah, so baik aku enjoy cuti neh baik-baik. first thing first selamat berkorban bagi yang menjalani ibadah korban (hari neh last kan?) but for me aku dah berkorban, ya aku dah mengorbankan msa untuk aku rewrite proposal aku dengan makan dan makan dan makan daging korban dengan lahapnya (burpp...alhamdulillah ^^,) besar tak pengorbanan aku? pengorbanan tu tak besar mana pun membesarkan badan ja lebih hahahaha.

raya neh tak meriah mana pun, dah tua kot? mak pun masak rendang dengan pulut sikit, na ja yng masak laksa. saja nak try dia kata but it end up good =) tahniah mekna! mak tak bagi masak banyak-banyak sebab takut tak habis nanti.

so here comes the sad part. hari neh tamat sudah riwayat kucing rumah aku. nama dia hitam. hari tu dia kena gigit dengan bapak dia sendiri, teruk betul bapak dia tu! orang cakap kucing gigit tu ada racun? bisa? entah la betul ka tak. tapi dia kena gigit before raya puasa lagi. teruk juga injured. tapi sekarang dia dah tak sakit lagi. dia dah selamat disemadikan oleh aku, aah dengan tokwan aku. korek depan rumah ja, senang nak ziarah nanti. ulis dengan aiman pi sekolah. balik satgi boleh la ziarah kubur kucing tu. kesian aku tengok adik kucing tu. dia tunggu ja depan sangkar adik dia. mesti dia sedih kan? T_T

sekarang tengah tunggu feri meksha dengan nisah sampai. esok nak pi lawat kilang gamat untuk assignment pemprosesan produk akuatik. saja aku amik kilang gamat tu, pak cik aku ada kat sana senang nak pi melawat ;p so just wait for any update about that assignment. tu pun kalau rajin nak taip hahahaha.

Saturday, November 5, 2011

Selamat Hari Raya!

incident petang tadi, me with my sisters:

aah: eh ada kambing lintas kak nie!!
me: jangan jerit nanti kak terkejut sekali~ [sambil cuba mengelak daripada melanggar kambing-kambing tersebut]
na: kambing tu nak bunuh diri, mesti dia ingat kalau dia kena langgar then sakit orang tak nak sembelih dia buat korban! XD hahahahaha

p/s: nasib la tadi lembu dengan kerbau tak buat pakatan bunuh diri kat jalan. =.=

SALAM AIDILADHA semua~~~ ^___^

Wednesday, November 2, 2011

Mak Minta Maaf !

i am shopaholic girl. no need to say more here is the proof from what i'm saying. padahal baru ja janji dengan mak tak mau beg baru dah lepas beli beg awal sem hari tu =.=

beli dengan meksha, super shopaholic girl

dah lama kot berangan nak beg macam neh.siap berpeluh aku main tawar menawar harga dengan tuan kedai tu. lokasi, Mydin. masa, pukul 10 malam kot? hahahaha simpan duit tak penah nak menjadi. ada ja yang aku nak beli. habis la angan-angan nak beli mini cooper meknie kalau macam punya perangai. ok fine, cukup dah kot koleksi beg aku beli untuk tahun neh. baca sekali lagi UNTUK TAHUN INI. next year punya beg no comment. hahahahaha

p/s: hi farah see i got myself a new bag! jeles tau u beli beg baru that day hahahaha ;p
p/s/s: esok nak buat macaroni cheese! muahahahaha