There was an error in this gadget

Saturday, December 31, 2011

l.a.s.t.d.a.y of dua.kosong.satu.satu.

salam pengakhiran tahun people! =.= tahun neh banyak ajar aku erti kehidupan sebenar. siapa kawan kita siapa lawan kita. manisnya hidup itu kadang kala membawa kepada diabetis. yes a very dangerous disease. haha siapa kata gula tu manis? well lets bygone be bygone right? benda yang lepas usah dikenang tapi jangan dilupakan. why? sebab setiap perkara yang terjadi ada hikmah yang tersembunyi so kita kena la sentiasa beringat lepas neh. as for the happiest moments i thanked to all people yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. tahnk you for being in my life! and for the worst memories pun i nak thanked to those person sebab for me benda yang buruk berlaku bukan untuk memburukkan lagi keadaan tapi untuk memperbaiki kehidupan kita yang serba daif dan kekurangan. right people? ^^,

untuk tahun depan apa yang nak di azamkan eh? ya saya berazam untuk menjadi insan yang lebih berfikiran waras. tak mau dah words come first, tapi think first then analyzed before doing the conclusion. lepas tu baru suarakan pendapat. since next year (tomorrow) will be the last semester for me to be in this university so i have to think on how nak survive lepas habis study. kerja? itu satu persoalan yang terlalu besar untuk masa sekarang. as for the rest is untuk mencapai azam-azam sebelum ini yang belum tercapai. buat apa azam banyak-banyak kalau dah tau tak menyempat nak buat kan? hehehe

so lets check it out apa yang dah jadi for the whole this year. shall we?



past few days: dinner with 'family' ^0^

Young Entrepreneur at TTC =)

INTEGRA's Dinner

Internship at Perak

dah jadi habit compile ja semua pictures =.=


p/s: Tak payah la sibuk2 nk sambut new year, Maal Hijrah tak reti plak nak sambut.. (Najmuddin Azzam, 2011) via Facebook.


p/s/s: apa-apa pun selamat menepuh tahun baru people! ^^,

Wednesday, December 28, 2011

Taufan & Tsunami

burung-burung berkicau riang di taman indah. mentari pula bersinar menerangi segenap ruang bumi yang ada. angin petang bertiup lembut bak sutera ditenun dari benang menggunakan mesin jahit usang.

"kriuk...kriukk.kriukk"

eh buruk benor bunyi mesin? tak kan kat tengah-tengah taman bunga neh ada mesin jahit pulak? dilihatnya burung-burung semua berlalu pergi. mungkin kurang selesa dengan bunyi mesin jahit yang seakan menjengkelkan itu. awan hitam menyusup laju. tiba-tiba ribut taufan datang entah dari mana menghanyutkan segenap alam.

"tolong..tolong..!"

jerit pemilik suara yang sudah dibawa taufan. ke kiri. ke kanan. adoi, pening jugak kepala neh. suara halus menyentap telinga ini. eh ada suara orang lain la. "alo....." ya seorang gadis milik suara itu. mungkin terperangkap macam aku jugak! tapi kenapa suara si gadis neh macam pernah dengar? eh yelah biasa sangat dengar suara neh.

".....hah achik pergi ambil air dekat dapur tu...".

 air? dekat dapur? achik? mana nak cari air dekat dapur tengah-tengah taufan neh? burrr! terasa sejuk hingga ke tulang hitam sedetik air menyimbah ke tubuh ini. huh macam air ais sejuknya. tsunami datang lagikah? aku perlu cepat untuk selamatkan diri. terlalu awal untuk aku lemas dek tsunami. kahwin pun tak lagi neh. oh aku perlu selamatkan gadis itu.

"hoi tsunami...tsunami...lari!"

kelibat gadis itu semakin hampir. ya awak kita perlu selamatkan diri dengan segera! cepat. lari ke sini. amboi berlenggang pula dia neh. pang! adoi sakitnya pipi. eh mak? kenapa basah tilam neh? si kecik neh dok tersengih-sengih macam kerang busuk kang aku debik jugak kang. mata yang masih kabur digosok berulang kali.

"engkau neh along, kalau tak kena penampo aku memang tak bangun kan? dah pergi bangun tu. senja-senja neh mengingau apa entah tsunami. jangan lupa lap lantai tu"

laa gadis la sangat kan suara mak aku? potong stim la mak! haish mesti si kecik neh yang tuang air 'tsunami' tadi -.-"

Friday, December 23, 2011

In Love with Jubah

jubah...meknie kata apa jubah..??? hahaha padan muka dulu tak mau sangat pakai jubah. abah nak beli siap kata "tak payah la abah buat semak almari ja beli. bukan nak pakai pun". =.= padah mulut besaq cakap pun hebiaq. kena batang hidung tu balik hahaha.

start balik raya haji tu my sis ajak pakai jubah time raya tapi atas sebab-sebab tertentu aku tak pakai pun time raya. tengok tu perangai buruk! tapi malam raya tu aku pakai gak la buat jalan-jalan dengan adik aku. sedap juga pakai jubah. sarung. siap. hahaha. tudung pun pakai yang instant ja. sarung. siap. pandai meknie manage masa. ahaks~ 

tapi yang susahnya. mood nak pakai tu kadang-kadang ada tiba-tiba hilang. uiks! kenapa? sebab orang kita neh susah sikit. "eh eh tengok meknie pakai baju kurung mai kelas! ooii ada kenduri ka? merewang ka?" tudia punya panjang greeting depa bagi. putuihh. sama ja la hang pun meknie. pantang nampak kirat ka nad pakai baju kurung mulut tu tiba-tiba jadi machine gun dok tembak sampai kelas sebelah pun dengar suara hang! adoi apa nak jadi la orang kita. -.-"

tapi tadi tengok jubah cantik ja. sejuk mata memandang tapi terbeliak mata memandang harga dia. mak oi mahalnya! sampai RM170?? yela selama ni mana pernah beli jubah. dok harap yang orang bawak balik dari mekah ja la kan? mana nak tau harga dia berapa. hmmmm. teringin nak satu. pakai kat langkawi pastu buh purdah satu. mesti ingat mek arab mana mai melancong pulau pi tropica budget beli belacan seketul. hahaha mau terkejut aunty tu tengok satgi. hahaha.

cantik kan jubah neh? ^__^

yang peach tu pun sweet ja ^^,

colour neh pun lawa~~

sopan ja kan pakai jubah? huuuu nak satu. tapi tak mampu nak beli lagi sekarang. ok simpan duit sekali lagi. hahaha tahun bila la nak cukup duit tu nak beli mini cooper tak tau pfft o.O ok done here. daa~



Monday, December 19, 2011

Andai Ini Takdirku

Air mata tulus jatuh di sudut bibir mu
Tak terlintas dendam di bening mata indah mu
Aku yang merasa sangat berdosa pada mu
Masih pantaskah mendampingi mu

Biar lah bulan bicara sendiri
Biarlah bintang kan menjadi saksi
Tak kan ku ulangi walau sampai akhir nanti
Cukup derita sampai di sini

bila hati sudah terluka, mulut mula bicara. andai tempias ini semakin menusuk kalbu, biar ia sembuh sendiri. masa mungkin menyembuhkan luka namun bekasnya tetap mencacatkan pandangan mata. tutup saja kecacatan itu dengan senyuman, biar kelat. biar pahit.

mungkin ini rasanya melihat kau bahagia bersama si dia. susah untuk aku terima hakikat bahawa tiada lagi antara kita. sempit sungguh otak ini berfikir menyebabkan hatiku sesak, sebak mengenang akan dikau. aku doakan kau bahagia bersama dia.

bersama tak bererti selamanya. tersenyum tak bermaksud gembira. tapi menangis tak semestinya berduka. moga dikau bahagia bersama si dia. maaf andai terguris hati.

semusim sudah kita bersama, tak mudah bagiku melupakanmu begitu sahaja~

Wednesday, December 7, 2011

EXPO Asas Keusahawanan di TTC!


weekend neh ada expo dekat  Terengganu Trade Center (TTC) 
anjuran young entrepreneur UMT 2011
anda semua dijemput hadir
bagi memeriahkan suasana dan membantu para pelajar =)

do you craving for something sweet? had enough of searching for it? here is the right place to drop by! from tempting CONGO BARS to CHOCOLATIERS choc MUFFIN to bite off! also featuring the most famous MILLIONAIRE SHORTBREAD BARS to satisfied your taste. if you are LUCKY, you might be able to meet the HOT RED VELVET to savour every bites in it! also featuring; MINI PIZZA too! so what are you waiting for, come and be the first one to grab some of our product at TTC!

p/s: PHOTO BOOTH is here for those who loves having FUN!

Sunday, December 4, 2011

Ikhlas + Percaya = Sahabat

salam 1 emo semua! hahaha tadi pergi kedai runcit dengar makcik tu cakap bosan tv asyik ulang cerita yang sama; politik. err makcik biasa la tu dah masuk musim mengundi dah. so mari la kita mengundi *ye la sangat meknie*

cerita hari ini penuh emosi. dah la emosi buat RP berjela-jela datang pula masalah baru. its all about trustworthy between friends. bukan baru sehari dua aku kenal dia. dah lebih 2 tahun. tapi dia langsung tak percaya kat aku. even tak kenal lagi aku macam mana.

geram. marah. terluka. terkilan. menyesal. tu antara apa yang aku rasa tadi. nak marah, tapi dia kawan kita sendiri kot. nak nasihat? entah macam mana nak buat. habis tu nak buat apa lagi? pendam ja rasa sakit hati neh? aku tak suka marah-marah sebab being a person like that is so not cool! sabar. yes be patient. senang la kau cakap senah oi~

dia amanahkan aku barang dia. mudahkan aku dengan kawan-kawan aku pergi kelas. tup tup lepas seminggu dia point out an issue yang aku rasa tak logik. "korang pakai ****** aku tanpa kebenaran aku". what was that about? a prank or what? tak ada plak geng bang bang boom...?  eh bukan ke kau dah amanahkan benda tu kat aku? "tapi kau tak bagitau aku kau nak pakai ****** aku time tu". oh means every time aku nak guna aku kena tweet like this; hi this *** owner, im driving your *** to class rite now! 2 hours later, home safely thanked God nothing happen. 24 hours later. hey its me again, buckling the seat belt before driving to lab. hope you don't mind im driving your ***? 1 hour later, finished examined the blood agar thanks for the ***! another 12 hours later. hey just a quick catch up, im on my way to class tonite, thanks for the *** dear! 3 hours later, dear, im park your *** safely at home now. no worries no scar on it. ok fine, kenapa tak sound aku awal-awal kau tak percaya aku drive your ***? dah tu tiba-tiba naik cerita aku pakai ****** tu pergi berjoli? what the? hey i never used your *** for my own pleasant ok???  aku bawa untuk ke kelas sahaja. and yet from whom did you heard that rumors? ada kau tanya tak kitorang kat mana time tu? tak ada. sebab? kau tak percaya kat kitorang. kawan kau sendiri. and yes kau percaya kat orang yang kau sendiri tak tahu siapa. yes, upacara serang mulut ke mulut berlaku dengan panasnya. mulut aku laju je tanya dia bila dia nampak? kenapa tak tanya aku? so kau percaya la? dah tu tetiba dia cakap 'orang tu salah tengok kot'. 'eh korang no worries la'. SO WHAT THE **** KAU NAK SEMBUR KITORANG????

pedih sangat hati neh. kawan sendiri kot cakap benda macam tu. first time aku rasa macam neh. oh selama neh dia tak ikhlas la tolong aku? oh selama dia bagi 'amanah' tu, dia sikit pun tak percaya kat aku. so what? kau ingat kau tak ada dalam hidup aku it will turns out miserably la? hey selagi aku boleh survive aku tak akan mintak tolong kau dah la lepas neh. terima kasih sebab bagi aku kenangan and pengajaran dalam realiti hidup. rupa-rupanya aku neh hidup dalam buku cerita lagi. penuh denga rekaan dan dusta. terima kasih kawan.

p/s: petang tadi mak call cakap zaman sekarang ni there's no more kawan yang ikhlas berkawan dengan kita. semuanya bersebab. yup mak. 100% aggre!