Sunday, July 31, 2011

Cupcakes Sempena Berpuasa!

hehehe tak boleh blah punya tajuk post. sempena nak sambut bulan puasa neh nak juga aku buat something. takkan raya ja baru nak buat kuih kan? bias. so sempena nak sambut bulan penuh rahmat, aku dan adik-adik kesayangan aku pun mula la adventure membuat cupcakes!

aku dah janji nak buat cupcake dengan aiman dah lama tapi mood nak buat tu tak datang lagi hihi~ so hari neh baru mood tu nak datang. barang-barang pun dah cukup so aku pun dengan bangganya memanggil adik-adik kesayangan untuk turun padang buat cupcakes. sebelum neh aku selalu bake dengan adik perempuan aku; mekna atau aah tapi dah masing-masing tak cuti terpaksa la aku guna kudrat orang lelaki hahaha.

godek punya godek uncle google tadi dapat juga resepi mudah lagi senang and this is my first time kot buat kek tak pakai mesin. selalu tekan je button campak-campak barang siap! hari neh sendiri la pukul kakak! tapi semua tu jadi benda senang since adik aku sedia membantu. ada juga mengganggu! hehe aiman nak letak tepung kaknie! aiman nak kacau telur boleh tak? aiman nak bancuh susu sebab aiman pandai buat susu tawar-tawar kaknie! oh sangat kecoh dapur kalau budak kecik neh ada. disebabkan dia eager sangat nak tolong aku suruh dia tolong letak aising kejap lagi. korang tengok sendiri la macam mana dia letak aising -.-"

bagi sesiapa yang nak resepi tu sila KLIK SINI. boleh la nak try untuk juadah berbuka. tak payah nak beli kat bazaar esok~ hahaha

krew yang banyak membantu

krew yang banyak mengganggu hahaha

sebelum

selepas ::tak nampak dah ladybird::
"sila ignore si penyebuk bertauliah di atas"

hasil tangan si penyebuk menghias ladybird -.-"

 tengok mini cupcakes pink terus teringat kat luvpinkja!

ok sampai sini saja kot entry hari neh. dah berapa banyak entry dah hari neh. hehehe. selamat berpuasa untuk seluruh umat Islam dan ini peringatan yang wajib diingati; SILA PASANG NIAT PUASA ya tuan-tuan dan puan-puan! :)









Ya Ramadhan Al-Mubarak~

ya bulan puasa atau ramadhan dah dekat sangat. esok insyaAllah kalau nampak anak bulan tu malam ni haa puasa la esok ye adik-adik. tahun ni insyaAllah aku harap sangat dapat puasa penuh *impian setiap wanita* hehe sebab aku harap terawih aku penuh jugak laa since aku dapat cuti sampai raya. dah lama sangat-sangat aku tak merasa puasa sebulan penuh dekat rumah. rasanya dari sekolah menengah lagi. budak hostel macam aku neh macam mana nak puasa kat rumah kan?

dulu masa kat sekolah menengah aku jarang soq sahur kat dewan makan. selalunya memang sahur kat bilik. makan roti bancuh air milo pastu kalau ada kurma hadap la sebiji dua. seriously aku tak suka sangat kurma sebab kurma tu manis bak kata sepah "manisnya kurma ini!". hehehe tapi time nak berbuka la paling best. kumpul ramai-ramai ikut geng *pergh ikut geng bilik ingat lagi* pastu kalau ada yang tak makan ayam part dada ka mesti ada acara tukar-tukar ayam, sedekah sayur, bagi nasi tambah laa huhuhu rindunya zaman ni....aku rasa zaman form 5 laa paling best sebab masa tu terasa diri ini otai *aku tak tau mana datang perasaan otai ni* hahahaha duduk ja mesti mau semeja penuh. sapa lagi entah geng aku time bukak posa; azira,malia,fatin,re,echah,mira,denah,fit,anis ngn cipak pun ada ka tak eh? zaman kegemilangan KEKITA. SUMPAH RINDU KEKITA!!!

dah masuk matrik lain pula cerita. masa ni geng yang paling rapat dengan aku budak kelas aku masa pdt. syahira,faten,isma,midah...lima orang ni memang pi mana pun sekali. hahaha dah la gerai tak banyak pastu budak sekolah sebelah hari-hari join bazaar kitorang. memang ramai laa kan orang dalam kolej aku yang sempit tu! masa pst kitorang selalu jimat duit bancuh air sendiri. bukak puasa minum teh o panas. eh ada laa air sejuk! beli juga tak jimat pun -.-" tapi yang aku ingat bulan puasa duit aku memang sikit je la keluar. tak sampai lima ringgit aku rasa. petang habis kelas mesti aku ajak siapa-siapa teman aku amik bubur lambuk. free wey! hahaha memang jimat duit aku~

sekrang dah masuk umt lagi la best. hari-hari singgah bazaar unisza tu. tapi tu masa second year laa. masa first year aku beli belakang asrama ja dengan meksha. masa ni zaman nak kuruskan badan so hari-hari berbuka makan bihun goreng dengan kuih and air sodap, tak ingat beli air apa. masa second year kan dah duduk rumah sewa, so makan ramai-ramai. memang penuh la sekali hidang makanan. kalau rajin budak rumah aku masak la special-special sikit. lepas tu mula la hantar kat rumah pakwe, rumah orang bujang trang tang tang hahahaha seronok je masak-masak time petang tu. hah kau limah tak puasa meh rasa air ni dah manis belum, kari neh dah cukup garam ke belum? jangan nak jeles orang perempuan memang special ada hari off tiap-tiap bulan. ;)

tahun ni aku puasa sebulan kat rumah. mak cakap ingat nak order ja lauk macam tahun-tahun lepas tapi dah aku ada kat rumah so tak payah laa kot. memang aku jadi orang gaji sepenuh masa ya kat rumah dan aku pun seronok nak sambut puasa dengan family aku tahun ni. even adik-adik aku still kat perlis and abang aku kerja kat kl kan....kalau semua orang cuti and puasa kat rumah kat best, mesti meriah! takpa aiman dengan ulis ada nak bagi aku rasa penatnya berpuasa hehehe. aiman dah janji nak puasa penuh sebab dia kata orang tak puasa tak boleh raya, yela aiman hahaha.

ok guys puasa ke tidak lagi esok kita tunggu malam ni. aku suka bebenor laa tengok isytihar hari raya dengan puasa kat tv. klassik sangat! hahaha jom tunggu depan tv ramai-ramai malam ni~~ *wink*

Kenapa Basikal Diciptakan?

ya tuan-tuan dan puan-puan. cuba kita renungkan dan berfikir. kenapa Baron von Drais de Sauerbrun von Baden Wurtenburg *pergh nama pun susah nak sebut* mencipta basikal? sebab hobi? oh yes that was one of his reason tapi ce fikir ce fikir~ haaa untuk orang yang tak boleh naik motor or kereta laa. okay fine lame joke!! -.-"


aku sebenarnya nak kongsi pendapat sikit about kepentingan basikal untuk budak-budak bawah umur since umur aku dah melebihi 17 tahun terima kasih hahaha. dah lama sebenarnya aku tak minat/suka tengok budak-budak bawa motor. kalau yang dah ada lesen memang tak kisah la kan tapi bila kata 'budak-budak' maksudnya budak sekolah rendah!!!! kat kampung aku budak sekolah darjah 2 pun dah pandai bawa motor wey!


ya aku faham niat suci murni parents diorang nak bagi senang kerja. nak suruh anak beli nasi lemak ke goreng pisang ke or even belacan kat kedai runcit seberang jalan kan senang kalau boleh bawa motor? tak payah susah-susah mak senah nak tuko kain batik nak ke kedai runcit beli gula. tapi kan mak senah kak tipah oii yang bawa motor tu budak-budak lagi! tak boleh ke suruh budak tu pergi kedai naik beskal/geghek/basikal????


3 hari lepas aku hampir nak langgar budak darjah 4 or 5 sebab dia main selit je sebelah kereta aku dari belakang padahal jalan luas terbentang bak ladang gandum lagi time tu. dah la tu siap jeling aku nak cakap aku tak tahu bawa kereta -.-" petang tadi budak sekolah rendah juga maybe darjah lima memang sipi je dengan kereta bapak aku. boleh dia main cilok-cilok dengan member dia dekat jalan kampung yang sekangkang kera tu? budak sebelah dia pun terbuntang biji mata tengok aksi nak 'mati cepat kot' kawan dia tu. aku neh dah sakit jantung tengok incident tu. mau kena langgar sah la kereta bapak aku yang kena padahal anak kau tu dah cukup umur ke nak bawa motor???


nasihat dari penaja: kepada ibu bapa dan pihak sekolah tolong la bagi kesedaran kat budak-budak neh. parents tolong la jangan gatai-gatai nak ajar anak naik motor. bagi je diorang guna basikal. keluar peluh gak masa kayuh tu sihat anak kau peah! cikgu-cikgu pula boleh la ajar safety tips untuk students yang naik basikal. selamat sikit deorang bawa basikal tu pergi balik sekolah. bukan ke ada persatuan yang ajar lalu lintas kat sekolah???


ok dah la kot aku nak melalut merepek malam-malam neh. mata pun dah mengantuk hasil penat membanting tulang dengan abah and little brothers. esok nak shopping baju raya siapa nak ikut sila beli tiket bot ke langkawi ye? hehehe adios peeps!   

Friday, July 29, 2011

Meknie Had a Little Lamb!

Marry Meknie had a little lamb little lamb little lamb....lalalalala buerkk oppss, Alhamdulillah! hihihi ye saya baru je lepas makan lamb chop. hihihi abah saya beli hihihihi sebab saya mengidam walaupun saya tidak berpuasa seperti adik lelaki saya hihihihi lagi.

hari neh ada dua benda yang aku suka. first of all sebab abah sanggup mengikut selera mat salleh aku yang menggatai nak makan lamb chop. hahaha padahal adik aku; ulis yang puasa hari neh. akak dia yang menggatai order makanan. takpa-takpa akak dia yang baik hati neh sukarela buat pudding caramel as dessert tadi. ;) ya bukan nak action tapi pudding caramel sudah sebati dengan diriku sampai tak payah selak-selak google nak cari resepi. last minute punya dessert sebab mak aku tanya "tak masak apa-apa yang special ka kat ulis posa arineh?" -.-" habis la bulan puasa neh mau tiap-tiap petang mak aku minta dessert!

secong thing yang aku suka and agak lawak ialah, aku telah dijemput diminta menjadi juri kepada jiran a.k.a makcik aku yang aku panggil 'achu' untuk merasa muffin pisang yang dibuat petang tadi. untuk pengetahuan korang, achu aku neh selalu buat kek tak menjadi so dia agak takut nak buat kek or muffins. so dari pagi lagi dia dah call aku minta tips nak buat kek yang aku rasa dah berbuih dan berpuluh kali aku bagi tiap kali kami bergosip pasak bab-bab masak. dah tu time bakar kek sempat lagi buat emergency call tanya muffin tu dah masak ke belum kalau dah sepuluh minit since dalam resepi suruh bake 40 minutes, hahaha lawak-lawak! siap ja bakar terus bagi seketul sebiji muffin kat aku suruh rasa jadi ke tidak muffin tu. hahahaha lawak la deorang neh!!!

so berakhirlah hari ku yang sangat gumbira lalala hari neh.wait for the next update peeps! adios amigos.

Sunday, July 24, 2011

The Bad Day Had Gone!

hello hello hello....morning everyone!!! rise and shine rise and shine~ oh the warm oh sunshine had lead me to the best day ever! even a bit sad my sister got to go to her college today but my bad days had gone!

last 2 weeks were the baddest hahaha punya nak cakap BAD kan,yup the BADDEST DAY ever!!! piles of work *eh eh report je pun* plus with my worksick instead of homesick since i already done my internship and cough plus flu makes a great fever. trust me!

one work become lots of work since i felt so tired to move around my room to write up my internship report. huhuhu it takes me a week to fully recover from my fever and start working on my report. but still even i'm in fever mood i managed to learn something new, driving. thats the only good thing happens. hahaha

so now every works had done, i can start reading my final year project stuff and start doing the proposal. oh i don't even know how to write it. huhuhu better i start reading Bahlut or Duka Tuan Bertakhta? hahaha let me guess how about do some movie and drama review! thats my favourite~ lalalala which one should i start with huh?

ok got to go now peeps. lots of 'work' to do hahahaha adios amigos!

Tuesday, July 19, 2011

Macaroni Cheese


wow hari neh dua entri ja pasal makanan. hahahaha. ini adalah faktor utama aku tak suka cuti semester panjang-panjang. sebab aku neh gila makan. ada ja aku nak try masak time cuti neh. maklum la barang kat ganu tu serba tak cukup kalau tak mau jadi restaurant dah umah kt gong badak tu!

ok hari neh aku try buat macaroni cheese but not baked macaroni cheese. that day *i mean last year* dah try baked macaroni cheese and all i can say is ......... entah kat mana silap aku rasa aku boleh makan dalam 3-4 sudu ja. muak sebab banyak sangat cheese atau memang tekak aku tak ley nak terima that dish. pastu memang aku tak pernah dah masak macaroni cheese. tapi mimpi apa entah hari neh tangan aku gatal nak try. this time perghh creamy sauce tambah dengan garnish dia, udang and cheese sausage memang ummphh! 

so this is macam mana nak buat macaroni cheese bagi siapa-siapa yang nak try. don't worry, easy and simple je resepi neh even adik aku yang darjah 6 tu pun cakap senang!

all you need:
macaroni in any shape you like. (amount depends on how many people you are serving)
30 g butter
3 spoon of plain flour
3 cups of fresh milk
1/2 teaspoon chili powder or paprika *i tried curry powder*
1/4 teaspoon nutmeg powder
2 cups grated cheese *i use 4-5 slices of cheesedale*
salt and pepper

1. panaskan kuali or small pot and melt the butter.
2. masukkan tepung sedikit demi sedikit and mix it sampai la sebati.
3. masukkan susu half cup at once. sentiasa kacau sebab tak nak dia bergumpal and hangit kat bottom of your pan. kacau sampapi menggelegak and turn off the stove.
4. masukkan cheese, nutmeg and paprika and mix it until it smooth and creamy.
5. tambah garam and pepper ikut cita rasa sendiri.
6. you can serve it when your macaroni cooked and garnish it from the bottom of your heart! as for me, adik-adik i suka cheese sausage and prawn. just listen to your heart. hahaha BON APETITO!

p/s: sauce neh agak banyak kalau setakat nak makan 2-3 orang. korang pandai-pandai la eh adjust mana-mana parts untuk reduce the number. ok adios amigos!

Usaha Untuk 'Menyihatkan' Badan


hahahaha usaha nak berdiet laa konon. puiihh! hahaha but please bear in mind, this meal is for like 2-3 person. nampak tak roti bakar tu ada 3 keping??? ok aku share breakfast neh pun dengan adik aku ulis ok? hahh sudah la, nak siap-siap pergi kedai. lunch for today is macaroni cheese! hahaha berlemak lagi la perut tu -.-" adios amigos

Sunday, July 17, 2011

We Got Married!!!!

the best tv show!!! ^0^

tengah-tengah malam juga laa aku nak buat menggila bagai dok berangan sambil sengih sorang-sorang lepas tengok We Got Married Season 3. wey dah season 3??? awas, rancangan ini berbahasa korea dan ia juga untuk mereka-mereka yang suka berangan sahaja wakakakaka. well since cik Isma introduced me this tv show aku rasa dah addicted dengan show neh sampai aku sanggup meredah bandar Kuala Terengganu semata-mata nak amik cerita nah dekat Isma. hahaha pengorbanan wey!


WGM season 1

ok meh story sikit bout this show. artis akan dipilih untuk dipasangkan sebagai artificial husband and wife. every week they will receive a mission to complete. they will get a house depend on the budget given. ada some couples yang pakai rumah sendiri. kalau korang nak tau lagi try je google mesti ada la!


brave couple, my new favourite couple this season!

ini pun sweet jugak ::isma dah start angau that guy ;p::

panels yang selalu terlebih excited!

suka couple neh even big gap of age~


most favourite couple ever!!!

alololo sweetnye~~

yongseo couple ;)

season 2 & 3 couple; khunthoria

caramel couple; uee & jae jung

 best part of this show is wedding shoot!!! XD

sometimes they acted just like real couple 

ok this couple memang dah on real date sekarang!!!

and she got a song bout her, wrote by him *wink*

ok done i really need my sleep now! duh dah la cough and flu neh tak mau hilang, terus hilang mood nak tulis report! hahahaha alasan tak munasabah betul! ok its sleep time peeps, adios amigos!

Friday, July 15, 2011

Where Is He?

news popping like pop corns. politics everywhere. stories flowing around makes me wonder which one is true and which one is fake. yeah, i'm just an ordinary girl who can read and digest all things around me. ok maybe a bit arguing and thinking. then i realized he had gone. yup i mean there no more trace of him. :(

who is he? he is my favourite blogger among of all. he had very interesting way of thinking that makes me think even harder. a day without his blog felt like an empty life. hahaha its like an entry a day keeps my brain sweating. hahaha bad english!

ok ok let me tell you guys who is he. he is a famous writer that won lots of awards that he deserved. Faisal Tehrani, a name that came into my mind when i was young in high school when a friend of mine lend me her book of "1515H Kombat". its the first book that make me keeps on turning the next page other than love stories. suddenly i can think out of the box. thanks Husna for the book!

back to his blog. i love reading his blog but i never left any comments in it. actually he never replied any comments in it unless there is explanation needed. i do respect him by the way he showed his thought. sarcastic is they way of his writing. i love Manikam Kalbu and Bila Tuhan Berbicara. the most favourite FT novel bila tuhan berbicara tells a story in a very unique style of writing; drama. yes its not like other novels as you will read it like a drama script. but no worries. although at first i yawned quite a time but then the story became more interesting. all i can say is just grab it guys, you won't regret it!

now that his blog is nowhere to be found, i guess he closed it with a good reason, i had no more blog to go. ok i still got Saifulislam. Us Hasrizal also a writer where you might heard some of his famous books like "Aku Terima Nikahnya" that they even made a drama with the book's title which i don't even watch it yet. huhuhu my bad. you guys can go there and read his blog, i think it is. he is very i dunno what should i say but he is kind of open minded person. i love his quote, "Erti Hidup Pada Memberi" as it tells us hidden meaning behind it. just go there if you want to know it ok?

ok got to go now. have tons of works to do. hahahaha adios amigos!

Wednesday, July 13, 2011

A Letter From Him

you are the shinny red apple.
that stay up high from others reach.
its hard to get you but i'm still trying my best.
just don't drop yourself down honey,
because down here they will step on you.
then you won't be anything else but a mush.


your love,
the guy that still trying hard to get you.


p/s: yes aku dah gila hahahaha

Tuesday, July 12, 2011

Anda Sudah Lulus!

Hoyeah hoyeah!!! aku dah boleh bawak kereta sorang-sorang! tak payah ada instruktor bagai macam encik JPJ bagi arahan ''hey brek depan tu kan ada kereta!" "oi tengok a belakang dulu kalau nak potong kereta!" oh happy tak tau nak kata padahal aku drive dari rumah ke pekan kuah and fetched aiman kat tadika dia ja pun -.-" tapi still aku dah boleh drive kereta yeay yeay dah boleh drive kereta yeay yeay!!! esok jom jenjalan lagi meknie~~

p/s: masa aku ambil aiman dari tadika, aku suggest dia pergi tadika dengan aku ja esok tapi dengan muka cuak dia cakap dia nak pergi dengan abah aku -____-"

Sunday, July 10, 2011

Its Time To Wake Up!

Salam readers. yeah its true, its time to wake up. ok for those who still in their 'dreams' please wake up. it time to face the reality. don't just dreaming what you want but try to get what you really want!

yup, sekarang aku tengah gila nak turunkan berat badan yang semakin hari semakin naik dengan mendadak. urghh jangan nak salahkan kalori dalam makanan ye meknie! salahkan diri tu yang tak mau bersenam untuk kesihatan diri sendiri juga. -.-" sampai dah beli kasut wey nak jogging! ok fine kasut tu mak yang belikan konon-konon bagi semangat nak kuruskan badan. perghhh meknie tengok your mum pun support niat suci murni yang aku tak tau nak tahan berapa lama.

oh ya, internship report. duh i still have lots to write about it. i need to finish it earlier so that it can reach at my faculty in time. oh wake up meknie!!!!

now, i changed my job from being a nanny to private teacher for only one student who will sit for UPSR, Muhammad Mukhlis, my little brother. my mom said that he's a little bit slower than my youngest brother maybe because of fever when he was baby. it was very bad fever but my late granny doesn't like him to be sent to hospital i don't know why. its the way it is in 'kampung style'. well i admit that he's slow in education.

so now, i'm setting my alarm for a wake up call so that i won't be sleeping in a long time. its good to wake up early and feel the smell of the new day. have a nice day people! adios amigos *wink*

Thursday, July 7, 2011

Semakin Hari Semakin Berat!

oh guys, it only takes me less than 24 hours to end up my internship! oh dear im so sad that i cant even say it into words~ you know when you getting comfortable with everyone here. it feels like settling down at first place you felt like an alien but now it felt like family. it breaks my heart just like the Titanic ship. tear up into pieces and sank down deep in the ocean.

peoples here plus Nora my precious cat. huhuhu sedih sangat-sangat bila she didnt show up this whole week! rindu dekat kucing neh lebih dasyat dari semua. nak sangat-sangat hug her and her kittens. T_T Nora please show up tomorrow, its my last day at PIHE!!! serious nak nanges sekarang. Nora i gonna miss you the most and please live healthy and happy without me. NORA I MISSED YOU ALREADY~ aahhh sudah aku pula macam kucing hilang anak!

today as its my last day here with abang lin,since tomorrow is his off day they did ikan bakar just like i want it. abang lin and epul went into kolam koi and end up they got lots of tilapia and catfish for today's lunch. i helped a bit and i felt even more sad having our last lunch there with the guys. huhuhu bila lagi nak merasa air asam special abang lin? >.<

aiyoo lagi sedih pula tulis entri neh. dah la nanti ada orang nangis pulak esok time farewell presentation. huhuhu macam mana neh esok????? T______T

Sunday, July 3, 2011

Minat Baru Ke?

wey dah lama tak layan bola. dulu time matrik selalu layan isma sembang pasal bola. hehehe well girls tak semua minat bola. tapi lately aku selalu jugak tengok bola. tambah kat sini ada juga la geng cik rozie kita neh rupa-rupanya layan bola juga eh? hehehe

normal tak aku kalau aku cakap aku teringin nak beli baju bola biru merah tu? or that yellow harimau malaya jersey? -.-" kekacauan emosi ke? konfius aku jadinya. tak pernah aku tunggu bola tu sampai abis masa. refree tiup wisel penamat di mana tadi aku sangat tak puas hati bila refree vietnam sangat double triple bias untuk game tadi. kejap-kejap layang yellow card for malaysians player.

oh lupa siapa nama goalie tadi? sharbanee allawee? dia sangat tangkas menagkap bola dan jatuh menyembam bumi dengan gaya yang sangat hehehehe comel~ tangkap je bola terus dia tiarap atas rumput. sekali tengok macam tenggiling pun ada hahaha jangan marah ok he still looks cute it that pose. hahahaha aku baru perasan goalie and team bola sekarang dah ada market eh muka diorang, thats rozie's statement and i agree ada laa rupa juga diorang neh. no wonders artis ada je yang married football players. ;)

thats for tonight, adios amigos!

Say Hello To Girls Day Out!

2 julai 2011. hari jadi adikku tersayang wakakaka mekna. tapi bad news she got class to attend and they served breads for breakfast as she hates breads so much. hehehe and for me...i'm enjoying the day with my 2 months housemates at Bukit Merah. yela, rozie dah abis praktikal and aku pun dah nak habis praktikal next week. so anis ajak kitorang berjimba-jimba sebelum farewells~ huhuhu jom kita intai apa yang dah kitorang buat semalam zass!

ce teka ce teka kitorang kat mana?

oppss anis kena pendekkan badan ngeee~

tada~~ cute kan orang utan neh? ^__^

all aboard? lets go people!!

ecopark yang awesome! 

see its awesome sebab ada daun yang super besar!

me and rozie tengah tunggu animal show

go birdie go! *the blue parrot wins*

owh they are so heavy ok!

miss rozie yang hyperactive *yiheaa*

sapa yang dalam kandang sebenarnya???

chairlift yang menggayatkan -.-"

bajet ganas hahahaha~

friendship's star. hope this star will shines forever.

lunch at The Gate, Taiping

lepas lunch kitorang pusing-pusing dulu pekan taiping. sempat juga la singgah Bukit Larut *Maxwell Hill* even tak masuk sana sebab tak boleh masuk dengan kereta plus perut masing-masing dah penuh thehehehe. so lepas pusing-pusing tu terus balik kuala kangsar. badan dah letih kaki dah lenguh. so i really enjoy this trip. THANK YOU SO MUCH DEAR!!! i really enjoy it and its gonna be our sweetest memories plus with sing a long at karaoke box before. i gonna miss you guys lepas neh. sobss touching lagi. huhuhu

*picture credits to anis and rozie ;)
**adios amigos

Friday, July 1, 2011

Berat Hati 500 KG

pejam celik pejam celik....dah 7 minggu aku kat Bandar Diraja Perak, Kuala Kangsar. minggu depan adalah minggu terakhir aku kat sini. semua kenangan baik dan buruk aku kat sini akan aku simpan kemas dalam hati ini. berat je hati neh nak tinggalkan semua orang dekat sini. Housemate; anis and rozie (plus with her new bf), Staffs PIHE yang sangat-sangat sporting and caring, Nora and her kittens. oh rasa macam ada swimming pool ja kat kelopak mata neh. ishh

selama aku dekat sini, makan minum aku memang sangat terjaga. tak sempat nak berlapar. ada ja orang belanja makan. walau kerja penat sekali pun mesti terasa puas hati and it ends with laughs and jokes around us. terasa sangat sekejap 56 hari tu. >.< kenapa aku rasa macam susah je nak tinggalkan pekan kecik neh. haishh. budak-budak praktikal yang hari-hari ada ja cerita deorang. tapi deorang boleh je aku nak jumpa kat UMT. lepas neh takde dah istilah "penat a kerja ari neh, cuci kolam transfer ikan" dalam kamus aku untuk setahun akan datang. hehehe lepas grad nanti ada la balik istilah tu hahahaha.

hoi meknie apa neh entry lembik-lembik??? lantak la wei korang nak cakap aku apa. yang penting aku rasa berat hati nak tinggalkan kuala kangsar neh. pasneh takde dah tok ki aku (En Halim), kucing kesayangan sebab sebelum neh aku tak suka gila kucing tapi Nora lain dia manja gila dengan aku (erkk perasan hahaha). takde dah orang nak belanja aku (En Aliah, En Ramli, En Asrani, En Nazri, Abg Lin, Epul wow baru aku sedar ramai ;p) takde dah orang nak aku nak usik mengusik and perli mengata hahahaha. owh aku dah mula rindu!!

adios amigos~