Monday, November 28, 2011

I Fall in Love With You Dr Najiah!

kelas satu jam Dr Najiah berakhir dengan satu kuiz. "sila keluarkan kertas, tulis nama dan nombor uk". alaa aku tak salin pulak semua notes tadi, mati aku kuiz kali ni! tangan aku terus laju menulis nama penuh dengan nombor uk dengan hati yang berbelah bagi. hmm MAS tu bacteria yang ala-ala buasir kan? edward....apa entah tadi Dr cakap? edward cullen aku tau la~ mati laa aku! Dr Najiah dengan lagak selamba membaca soalan kuiz, "nyatakan......ciri-ciri....gadis atau teruna idaman anda" WHAT??? CIRI-CIRI TERUNA IDAMAN ANDA??? terdengar bunyi "hahh????" bergema-gema dalam dewan kuliah. aku tengok orang sebelah. aku tak salah dengar kan soalan tu? aku rasa aku amik subjek Kesihatan Organisma Akuatik. aku rasa aku nampak Dr Najiah means aku tak tidur dalam kelas. "anda ada masa lima minit untuk jawab soalan, sila beri sekurang-kurangnya 5 ciri-ciri ya" loh kok jadi gini?? jawapan aku? hahaha jawapan basic ja. tak berani amik risiko. and yes Dr Najiah baca out loud in front of the lecture hall! hahaha jawapan budak-budak akua memang tak pernah menghampakan. antaranya:

  • gadis yang kaya
  • gadis berambut panjang
  • gadis berlesung pipit bila senyum
  • teruna berbadan bersaiz M
  • teruna yang mampu zahir dan batin
  • teruna yang rajin berkerja serta mengaji 
  • teruna berkulit gelap
  • teruna yang pandai buat lawak
  • gadis yang romantik <--- aku nampak jawapan akmal azmi ;p
  • gadis yang pandai memasak
  • teruna berbulu di dada??? <--- jawapan orang sebelah aku haha
tu ja yang aku dapat recall malam-malam neh. harap-harap jawapan aku dapat fullmarks. hahaha Dr Najiah, me fall in love with you la! why? sebab first quiz dia tanya nama fakulti and nama fakulti baru yang akan ditubuhkan nanti. Dr Najiah buat kelas theater bila dia suruh students dia lakonkan situasi menghadapi masalah berkaitan kesihatan ikan di kalangan farmers and how it been treated. mula-mula aku takut juga dengan Dr Najiah sebab dia aturkan tempat duduk students dalam lecture hall ikut senarai nama. tapi she's a good lecturer actually. minta-minta la soalan final exam dia keluar macam quiz tadi. hahaha ;p 

7 comments:

mohd Lamka said...

hahaha ko memang kejam!!!!
naseb baek ak x duduk sblah ko

L.I.F.E.1.2.3 said...

mohd Lamka:: alaa awak kite nk tau la jwpn awak~~ hahaha

Fazzira said...

hehe..gempak ar soalan cm tu..nak gak ar untuk exam ktorg..haha ;p

L.I.F.E.1.2.3 said...

fazzira:: boleh tp kena import Dr Najiah g sana dulu la fazira! hahaha

luvpinkja said...

pheewww ! HAHA

NNisa said...

i like yg berbulu di dada tu.
bhahahahah!! ;)

L.I.F.E.1.2.3 said...

@NNisa:: homai...homai...! hahaha ;D eh tukar blog eh?