Saturday, January 14, 2012

Faisal Tehrani Dengan Islam tsaqafi

sambil menunggu kedatangan tuan rumah En Azri moh le kite sembang-sembang di alam maya!

Khamis lalu bersamaan dengan 12/1/2012, shakila dengan izyani membonceng motor ke fakulti untuk menghantar tugasan terakhir untuk sem ini bersama log book final year project. sampai ja dekat ex-fakulti oh yes budak akua sekarang dah ada fakulti sendiri yo! opss yes kitorang dah berdikari akhirnya dengan wujudnya Fakulti Perikanan dan Akuakultur Industri (FPAI) fepai? bersepai? hahaha. oh orang ramai dekat FASM sebab baru nak ambil BB1M. amboi che kiah kau tak tau lagi ke student IPT dapat Baucer Buku 1 Malaysia? RM200 lagi tau! so cepat pergi amik dekat fakulti korang ye?

eh ini buka intipati post aku sebenarnya. -.-" den sobonarnye nak kabo yang den dah boli buku Faisal Tehrani: Sebongkah Batu di Kuala Berang! muahahaha happy tak tau nak cakap sebab dah jumpa buku pujaan hati. ada satu copy ja tau tak buku neh! so aku pun capai buku tu cepat-cepat sebelum orang lain kebas nanti. so meh kita review sikit buku neh.

"Sebongkah Batu di Kuala Berang" mengisarkan tentang projek tahun akhir pelajar kursus sejarah Nusantara. lima pelajar ini diberi peluang keemasan untuk mengarah sebuah filem atau lebih tepat sebuah doku-filem mengenai sejarah kedatangan Islam ke Terengganu melalui Batu Bersurat yang dijumpai di Kuala Berang. 

itu secara general pasal buku FT kali neh. nipis ja 176 muka surat sahaja! aku rasa tak puas pulak baca buku FT yang nipis macam neh. tapi senipis buku neh, ilmu yang kita dapat sangat la tebal! by the way first time aku baca buku novel yang ada "nota hujung" atau references. hehe bagus jugak at least pembaca tu tau segala yang dikarang oleh Faisal Tehrani bukan rekaan semata tapi fakta semua! Islam tsaqafi adalah teras cerita neh bagi pendapat aku. buku neh banyak ajar kepada pembaca apa itu Islam tsaqafi? apa peranan Islam tsaqafi dalam penyebaran Islam dari Tanah Arab ke Pasai hingga ke Tanah Melayu. ada percanggahan isu mengenai kedatangan Islam melalui Pasai dan Tanah Arab. banyak cerita mengenai ulama-ulama yang mungkin aku tak kenal kalau tak baca novel FT neh. sejarah kalau nak dibaca direct dari sumber-sumber sejarah itu sendiri memang susah. tapi FT dengan caranya yang tersendiri membuka minda pembaca untuk menghadam 'nota-nota' sejarah tentang diri kita. ya tentang asal-usul seorang Muslim yang berpijak di Tanah Melayu. aku dapat rasa cerita neh ada sikit persamaan dengan Us Azhar Idrus dalam pendekatan beliau dengan anak remaja dalam merungkai persoalan agama dan membimbing ke arah yang benar dengan cara 'orang muda' yang gemarkan hiburan. Islam itu mudah. Islam itu menyenangkan. itulah Islam tsaqafi.

oh ya walau buku neh banyak 'bercerita' tentang bagaimana kemasukkan Islam itu ke Tanah Melayu dan Acheh tapi FT bijak menyelit satu dua unsur jenaka yang boleh tahan pedasnya! contoh seperti nama-nama artis yang turut terlibat dengan filem ini; Azhan Kaya, Sharifah Ezzati, Seeta Adeeni, Fazid Khamil, Betty Falak. Sharifah Ezzati seorang artis yang terkenal dengan kontroversi di sebuah majlis anugerah dengan kenyataan 'saya rasa seperti bodoh makan cencaluk dan rasa lebih standard apabila makan spageti' ketika mendapat anugerah pelakon terbaik melalui filem Budu arahan Yamin. Seeta Adeeni pula bergaduh sampai jatuh lombong dek kerana seorang lelaki. hahaha its so funny ok! disebabkan perangai mereka dokumentari drama ini tertangguh. 

overall buku neh aku bagi 4/5 sebab buku neh nipis so aku tak puas membacanya, boleh tak? hahaha geram okay buku nipis-nipis macam neh. and one more thing aku rasa buku neh macam tak habis tau tak cerita dia. paham tak maksud tak habis? tergantung? perasaan bila sampai ke muka surat terakhir "eh eh dah habis ka? eh tak buku neh tak cukup muka surat ka? kenapa ada Nota Hujung dah neh" so aku tak mau bagi 5/5 untuk buku FT yang neh. hahaha bias tak? 

okay bai, masa untuk mula menelaah nota KOA. 

2 comments:

mR. sMiLe said...

ade siri 2 la... ak jumpe kat library ari tu

L.I.F.E.1.2.3 said...

mR. sMiLe:: eh ada ke??? tajuk2!!