Wednesday, August 10, 2011

Aku & 'Mereka'

'Mereka'....? siapakah mereka yang meknie nak sampaikan? ok fine aku memang tak pandai buat unsur-unsur suspen -.-" mereka adalah.....kenangan masa sekolah! hehehe

nak tanya, masa zaman-zaman sekolah dulu tak kira la sekolah menengah ke sekolah rendah ke apa barang-barang yang korang ingat and it has memory in it? mesti banyak kan? dah tua-tua macam neh la baru terasa manisnya kenangan masa sekolah. betul la orang cakap bila dah nak bekerja nanti baru terasa bestnya pergi sekolah padahal masa sekolah memberontak je kerja tak nak pergi sekolah...kan?


kotak pensel serba guna! tengok siap ada pengasah pensel tau.

beg tarik!!! hahaha tambah-tambah kalau jenama swan, semua budak nak~

yang ni aku tak tau kat sekolah korang ada ke tidak
::beli name card bajet businesswoman::
siapa ada colour ni masa darjah 2-3 kira anak lord la sebab boleh jadi watercolour! -.-"

hah yang ini je yang mak aku beli masa mula-mula masuk sekolah!


game ni pun siapa yang ada tu dah sama taraf dengan psp zaman sekarang hahaha

tapi aku sekadar pemain daun terup kad HAPPY FAMILY

ATAU

snake and ladders



masuk sekolah menengah dah tak main dah semua-semua tu. sudah berdikari dan matang. matang laa sangat kan? -.-" masa masuk sekolah dulu memandangkan aku sekolah ehem-ehem so kitorang kena pakai kasut hitam. kulit. tak mau kanvas dan aku tak tahu kenapa? tapi sekejap ja sebab kementerian nak seragamkan semua sekolah pakai kaust putih so masa form two beli la kasut putih. tapi cakap dekat mak takmau kasut zipzap *ala yang tarik-tarik tu apa nama?* nak yang bertali. so mak belikan la juga ikut cakap anak remaja dia sorang neh. tapi jenama B-first. hahaha gedabak besar kasut dia.

hah kasut b-first yang bertali ;p

dah naik form 4 tu ceh malu la konon pakai kasut gedabak-gedabak besar sebab ramai member pakai kasut pallas-jazz tu, fully kain tak ada getah-getah yang menempek di tepi kasut. banyak songeh betul la time sekolah dulu. tapi parents tak bagi sebab entah abah aku cakap nampak rugged? hehehe tak tau kat mana rugged dia tu. so mengidam je la kasut pallas-jazz tu. hahaha 

kesian kat aku kan kasut sekolah pun boleh mengidam!


lepas tu mula la zaman memakai gelang getah yang warna hitam tu. aik takkan tak tau kot? trend panas tu! hahaha tapi yang ni aku tak ikut terjebak sebab abah saya seorang cikgu disiplin ka hem entah time tu. so memang jauh panggang dari api. hahaha
kawan aku azira memang pemakai yang agak tegar la dulu
"wey ank pakai lagi tak gelang neh azira? ;p"

best part ialah budak perempuan sekolah aku err i mean kawan-kawan aku suka sangat pakai stokin kaler-kali macam neh dulu. masa prep dulu nak ke kelas kena pakai stokin kalau bersandal. so apa barang pakai stokin coklat jarang tu yang pada masa dulu dirasakan seperti stokin 'wanita' sedangkan kami masih muda remaja. cehh ayat poyo ja wey! ok fine ini lah cara untuk nampak cantik masa sekolah dulu hahaha lawak. tapi sampai sekarang aku pakai stokin cute neh dengan sport shoes. 

stokin murah 90sen beli dekat sakan hahaha

aku rasa masa sekolah menengah la aku kenal novel cintan cintun neh. masa sekolah rendah aku suka baca cerita Enid Blyton; the famous five versi melayu punya la. tapi naik je form 2 mula la Bicara Hati laa Pilot Cafe la Ombak Rindu and satu lagi apa tu cerita volkswagen....hah Manisnya Cinta! kalau member aku faten dengan malia deorang suka baca komik lagi; anak satria! classic punya cerita la ^0^ kalau malam-malam dekat kelas prep mula la nak menyumbat telinga. baru feel nak study konon haha. beli radio scanner sebab nak dengar akademi fantasia. hoi kipas susah mati mawi dulu neh! dulu ok dulu -.-"

femes gila novel ni 

mini radio scanner yang banyak berjasa *tskk*


hahaha lawak pulak bila dikenang-kenang balik zaman sekolah. ada banyak lagi tapi dah tak larat nak search gambar dekat internet. so korang punya zaman sekolah macam mana? best? jom la kongsi sekali!

::all pictures credit to Google::




11 comments:

Azira rahman said...

ahahah~aku maang dah wei..
sehelai gelang pun dah xdak kat tangan aku neh.....hahahah

L.I.F.E.1.2.3 said...

azira:: hahaha yaka? aku igt ada lagi hehehe

farrazswift said...

super love this post!!nak tergelak i tgok pinky easy-bag, pinky pencil case, then those socks yg kita semua pakai time prep..hahaha

L.I.F.E.1.2.3 said...

farrazswift:: hahaha did u had a those bag?? i ada multi task pencil case tu hehehe...i just love sakan's socks! hehe

luvpinkja said...

eh lebih kurang lah entry kita. hihihi

btw, most of the picture yg kau share, aku pernah ada except kasut kau (aku suka kasut zip-zap masa primary. aku tak pernah main kad happy family ke apa tu (aku main terup je. untuk makluman aku ada 4 brothers)

yang lain2, mostly sama ! tp skrg aku pakai stokin comel2 untuk tidur sahaja :)

L.I.F.E.1.2.3 said...

luvpinkja:: well inspired by post kau laa haritu hehe..haha sah ko terer main solitare kt dlm pc or laptop tu kn?? hahaha

Fazzira said...

nenny, zaman sekolah kita sama la..haha..plus, time sekolah dlu, nie la geng yg come up with rules are made to be broken..hehe

L.I.F.E.1.2.3 said...

fazzira:: hahaha yeay gimme high 5! tapi nenny had innocent looks so i am a good student! tehehe ;D

Fazzira said...

haha..good for u..but i'm a bit naughty2 girl before.. :D
~~chill~~

luvpinkja said...

sad to tell you that i never trying kind of that game ! haha. aku tak berminat game komputer.

L.I.F.E.1.2.3 said...

oh kau main manually by card la? hahaha aku main secara maya ja, klik2 je pastu KALAH! hahahaha