Sunday, July 31, 2011

Kenapa Basikal Diciptakan?

ya tuan-tuan dan puan-puan. cuba kita renungkan dan berfikir. kenapa Baron von Drais de Sauerbrun von Baden Wurtenburg *pergh nama pun susah nak sebut* mencipta basikal? sebab hobi? oh yes that was one of his reason tapi ce fikir ce fikir~ haaa untuk orang yang tak boleh naik motor or kereta laa. okay fine lame joke!! -.-"


aku sebenarnya nak kongsi pendapat sikit about kepentingan basikal untuk budak-budak bawah umur since umur aku dah melebihi 17 tahun terima kasih hahaha. dah lama sebenarnya aku tak minat/suka tengok budak-budak bawa motor. kalau yang dah ada lesen memang tak kisah la kan tapi bila kata 'budak-budak' maksudnya budak sekolah rendah!!!! kat kampung aku budak sekolah darjah 2 pun dah pandai bawa motor wey!


ya aku faham niat suci murni parents diorang nak bagi senang kerja. nak suruh anak beli nasi lemak ke goreng pisang ke or even belacan kat kedai runcit seberang jalan kan senang kalau boleh bawa motor? tak payah susah-susah mak senah nak tuko kain batik nak ke kedai runcit beli gula. tapi kan mak senah kak tipah oii yang bawa motor tu budak-budak lagi! tak boleh ke suruh budak tu pergi kedai naik beskal/geghek/basikal????


3 hari lepas aku hampir nak langgar budak darjah 4 or 5 sebab dia main selit je sebelah kereta aku dari belakang padahal jalan luas terbentang bak ladang gandum lagi time tu. dah la tu siap jeling aku nak cakap aku tak tahu bawa kereta -.-" petang tadi budak sekolah rendah juga maybe darjah lima memang sipi je dengan kereta bapak aku. boleh dia main cilok-cilok dengan member dia dekat jalan kampung yang sekangkang kera tu? budak sebelah dia pun terbuntang biji mata tengok aksi nak 'mati cepat kot' kawan dia tu. aku neh dah sakit jantung tengok incident tu. mau kena langgar sah la kereta bapak aku yang kena padahal anak kau tu dah cukup umur ke nak bawa motor???


nasihat dari penaja: kepada ibu bapa dan pihak sekolah tolong la bagi kesedaran kat budak-budak neh. parents tolong la jangan gatai-gatai nak ajar anak naik motor. bagi je diorang guna basikal. keluar peluh gak masa kayuh tu sihat anak kau peah! cikgu-cikgu pula boleh la ajar safety tips untuk students yang naik basikal. selamat sikit deorang bawa basikal tu pergi balik sekolah. bukan ke ada persatuan yang ajar lalu lintas kat sekolah???


ok dah la kot aku nak melalut merepek malam-malam neh. mata pun dah mengantuk hasil penat membanting tulang dengan abah and little brothers. esok nak shopping baju raya siapa nak ikut sila beli tiket bot ke langkawi ye? hehehe adios peeps!   

No comments: