Friday, January 28, 2011

Mari Kita Berkampung!

sebagai pelajar tahun dua *cewah2 bangga jap* saya, nurul, sarah, nisah, sha, syahri, hanip, azri, syahmi terpaksa bermalam di dalam hatcheri air tawar. apa yang kitorang buat dalam neh? ahaa...biasa lah dah nama pun akak senior, kena la start buat lab susah2 sikit kan? tapi takde la susah sangat. yang penatnya kena tunggu ja. o.O

bermula petang khamis sampai la ari sabtu *mintak2 abis sebelum petang* kami warga group 3, terpaksa berkampung di hatcheri air tawar untuk menjalankan lab teknik penghasilan benih. wau..bunyi macam best kan??? memang best pun! :)

petang khamis kami memulakan tugas dengan pengenalan kepada ikan keli afrika Clarias gariepinus. cuba bermesra-mesraan dengan cik keli dan en keli sebelum kahwin kan deorang. hahahaha. paling best kira telur aa~ mau juling biji mata aku kira 1 gram telur = 1000+ biji. 3 replicate wey 3 replicate!!! tapi tkpa aku seorang yang sabar. malam lak ada briefing pasal induce breeding. ~.~"

induce breding la best! ya kata2 itu hanya la rekaan semata-mata sebab aku sangat takut nak pegang ikan keli yang hidup. tambah induk betina takkan kita nak amik yang kecik2 kan? hahh mau sekali dia mengeliat dengan aku2 sekali bersilat! huhuhu. malam tadi just cucuk hormon ja. orang kampung kata nak bagi dia galak sikit. senang nak bagi menikah! hehehe. esok pagi lepas 10-12 jam baru kita bagi depa kawin nohh~

keli neh susah sikit sebab de tak boleh keluarkan sperm sendiri. so mau tak mau dia kena berkorban untuk betina. lepas sesi urut2 perut betina bagi keluar telur, si jantan akan dibedah untuk diambil testisnya. sedih kan? demi zuriat untuk si gadis, si teruna terpaksa mati di tepi longkang. ya tepi longkang ja operate. senang dan cepat! jagan dibuang ikan jantan tu. goreng pon sodap ye~ tapi abang zaki dah chop ikan tu. takpa tak heran pun dengan keli tu. *belagak*

so sekarang 2.35 pagi, kami masih lagi menuggu telur2 ikan keli untuk menetas. tadi aku dah nampak notochord dah. maksud dia tak lama lagi dah la tu. yeay! anak2 mama cepat ye menetas! mama nak pulang ke kampung halaman~ once dah 50% hatch boleh la kami pulang!

so kepada anak2 mama; GANBATTE! CHAIYOK! AJA2 FIGHTING! BERUSAHA! cukup sampai sini. mata aku dengan otak aku dah tak berfungsi dengan baik dah sekarang~ anneyoung!

7 comments:

Anonymous said...

notokod aku ilang lah...
ada nmpk x??

L.I.F.E.1.2.3 said...

ada...kt lam tanki ak...p la amik~
hahahaha

Hzwan Hammad said...

haha..xprnah trpk plak psai ni..tau mkn keli ja..hehe

shille yusof said...

kijam!!!kijam!!!
hilang nyawa si keli teruna :)

L.I.F.E.1.2.3 said...

hzwan: renung2 kan dan selamat beramal!

shille: hahaha...mmg kijam kerja kitorang~ muahaha *gelak jahat*

Machohancur said...

jantan idaman....hihii...pergi mu demi kasih sayang...hahaha

L.I.F.E.1.2.3 said...

hahahaha xley blah pnya ayat adam!