Jam 12.01 tengah hari. 8/10/2010.
ringtone handphone ku berbunyi menandakan ada kiriman mesej yang masuk.
"mesti mak neh, arini kan ari jumaat", bisik hati ku.
[man anak mak ngah lemas di lubuk sembilang]
".......", aku berlari ke bilik sebelah; privacy.
ku balas mesej mak.
aku: [man..?? cmna?]
mak: [dah tak ada]
aku: [bila?]
mak: [sejam yang lepas]
aku: [simpan bila?]
mak: [petang ni]
aku: [mak ngah mcm mna? should i come home?]
mak: [tak payah la]
Inna lillah wa inna 'ilayhi roji'un.
aku menggeletar untuk seketika. baru beberapa detik yang lalu aku tunjukkan gambar raya kepada nurul; teman rumah ku.
aku: neh la sepupu aku. nakal cket. aritu dia kaler rambut warna biru. bising mak dia. kena tukar balik warna hitam.
mindaku merewang sejenak. macam mana sepupu ku boleh lemas? bagaimana rupanya bila dijumpa? air mata menitis lagi. betul ke dia dah tak ada? aku mimpi ke? Ya Allah, Kau tempat kan lah Mohd Akmal Hakim bersama orang-orang yang beriman dan soleh. Ampunkan lah segala dosa-dosanya dan Ya Allah, aku maafkan dia sekiranya dia pernah bersalah kepadaku.
Al-Fatihah.
2 comments:
Al-Fatihah..(sbnrnya aku sk bc kot bm lg..ik3)
kalo bm takot bunyi skema makma lak
ok pasneh aku tulis bm lak :)
Post a Comment