Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru

guru ibarat hujan. kenapa hujan? sebab hujan tu rahmat. walaupun bila hujan kita susah nak buat kerja, baju lambat kering tapi hujan tu sejukkan hari kemarau. hujan bagi pokok tumbuh menghijau. hujan dapat bagi rezeki pada penjual baju hujan dan payung. the best part is there's a rainbow cheerish our hearts in the end of the day. macam cikgu la, mencurahkan segala ilmu di dada beliau seperti hujan dan menjadi pelangi kejayaan pada para pelajarnya. ilmu yang diberi kalau ditambah dengan usaha pasti membuahkan hasil yang sama seperti hujan dan matahari. membantu sang pokok menghasilkan buah yang ranum. walau guru garang yang mengajar, tujuannya hanya satu; memberi kejayaan kepada bangsa-bangsanya. manusia hanya menghargai sesuatu bila hak miliknya hilang dari padangan mata kasar. dia lupa jasa siapa dirinya berjaya. seperti sang pelangi yang muncul di sebalik hujan yang dicemuh tadi. lupa bagaimana terciptanya sang pelangi. tiada hujan maka tiadalah pelangi. itulah guru. terima kasih cikgu.maaf kerana diri ini hanya menghargaimu bila makin dimamah usia. Selamat Hari Guru.


p/s: selamat hari guru buat mak & abah, cikgu-cikgu sekolah kebangsaan seri negeri, sekolah menengah kebangsaan agama kedah, kolej matrikulasi perak universiti malaysia terengganu. tak lupa rakan-rakan yang bakal bergelar guru; fatin [orang biasa], hasz, izzati rahmat, arina, afif, izzudin khalid dan yang lain-lain (mau penuh nak list sorang-sorang)

No comments: