Sunday, November 28, 2010

Fall In Love~

Cinta itu menyakitkan.
Kalau tak mahu sakit, maka tak payah bercinta.
Tetapi di hujung kesakitan Cinta itu, ada kebahagiaan.
Hanya yang mampu menahan kesakitannya sahaja,
yang mampu mengucup bahagianya.


pernah dengar namanya? dia antara blogger2 yang memberi impak kepada adik2 aku. aiman, si cilik suka dengan gaya hilal. farhana, suka dengan karya hilal. aku? suka membaca di blog hilal. hehehe.

kembali kepada tajuk. apa yang korang nampak dari kata2 kat atas tu? bagi aku, kata2 tu agak mendalam dan banyak tafsiran. bagi orang2 yang tengah hangat bercinta mesti korang senyum bila tengok phrase tu. tapi bagi yang solo pun apa salahnya. kita kan tengah bercinta juga....? dengan siapa? dengan Pencipta kita laa. jom kita ungkap kata2 neh.

'cinta itu menyakitkan'. betul tak cinta neh bagi kita sakit? yup, totally, when you missed someone korang mesti terasa sakit sangat hati tu. rasa kosong je hari2 korang bila tak jumpa si dia. rasa macam nak terus terbang jumpa kekasih kita.

'kalau tak mahu sakit, maka tak payah bercinta'. ayat neh ayat power. sebab apa? sebab ramai orang sekarang neh dalam hati deorang selalu sangat nak bercinta. padahal mental fizikal tak mantap lagi tapi nak jugak ikut trend. orang bercinta kau pun nak bercinta. at last bila ada problems je terus putus. pastu mula la nak salah kan pihak sana pihak sini. haish~
ohoho macam kata kt diri sendiri ja. hahahahaha

'tetapi di hujung kesakitan Cinta itu, ada kebahagiaan'. setiap yang berlaku ada hikmahnya. orang melayu pun ada sebut pasal neh; berakit-rakit dahulu, berenang-renang kemudian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. biasa la, adat orang bercinta; kejap merajuk kejap pujuk2. kejap marah tp lepas tu berbaik balik.

'hanya yang mampu menahan kesakitannya sahaja yang mampu mengucup bahagianya'. haa....sabar itu separuh daripada iman. jadi siapa yang sabar je la yang akan dapat kecapi apa itu CINTA sebenar. cinta neh bukan la cinta2 monyet yang macam budak2 sekolah tu ok? cinta neh lebih kepada cinta after marriage or Cinta Hakiki bersamaNya. kan tadi aku dah cakap. ayat neh bergantung pada siapa yang baca. lain akal, lain penafsirannya.

Cinta Hakiki merupakan Cinta Teragung. bukan senang nak bercinta dengan Pencipta kita. ada banyak halangan dan rintangan yang kena tempuh. syaitan bukaan seekor. tu tak kira lagi orang2 lain yang dok perlecehkan kita lagi. bila nak exam baru nak ingat Qiamullail. bila dah sakit baru nak teringat Tuhan. siapa yang sabar dengan ujian Allah, maka ganjarannya ialah pahala then syurga. Ingat la sahabat, mati itu benar, syurga dan neraka itu wujud. jadi sama-samalah kita muhasabah diri ok?

mode :: muhasabah diri ::


6 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah...cintailah yg Maha Menyintai..kerna itulah sebaik-baik pekerjaan~

L.I.F.E.1.2.3 said...

alhamdulillah :)

Hzwan Hammad said...

naisu..cam dge kaunseling psal cinta la plak..hehe

L.I.F.E.1.2.3 said...

hahahaha....ada bakat x aku???

Hzwan Hammad said...

haha..yup mmg ad bakat!!haha

L.I.F.E.1.2.3 said...

hahaha...pasneh ley bukak forum kaunseling la kt sini~